Setelah timbul pelbagai isu mengenai golongan antivaksin dalam kalangan selebriti tempatan sendiri, pelakon Redza Minhat mengambil pendekatan dan memberi nasihat agar orang ramai memulau golongan ini.
Menerusi laman Twitternya, Redza menulis bahawa gologan seperti ini merupakan toksik dalam kalangan dan menasihatkan orang ramai agar tidak usah membuang masa melayani kerenah mereka.
the group you should block secara berjemaah amid this pandemic, is the anti-vaxxers. No two way about it. Group them together, cordon them off. It’s been almost two years, information about vaccine is everywhere, don’t waste your time with toxicity.
— morello (@rdzaminhat) July 26, 2021
Menurutnya sudah hampir dua tahun kes COVID-19 berlaku dan orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan vaksin secara terperinci secara meluas sekaligus menolak dakwaan berita palsu mengenai vaksin.
Lebih merisaukan golongan antivaksin sanggup mengambil kesempatan dengan menjual produk produk tiruan yang berbahaya untuk menyebarkan dakyah mereka.
Dalam pada itu, Redza juga lantang memberi kritikan terhadap individu-individu yang mendakwa vaksin tidak efektif berbanding dengan produk jualan yang dijual oleh mereka.
Bagi anda yang sudah mendaftar dan mendapatkan tarikh vaksin, usah khuatir dan kekal selamat serta jalankan tanggungjawab untuk membendung penularan pandemik ini.