Pelakon dan usahawan terkenal Rozita Che Wan pelik bagaimana desas-desus mengenai rumahtangga beliau bersama suami renggang sedangkan hubungan mereka baik-baik sahaja.
Kekecohan ini mula timbul beberapa hari lepas apabila netizen mula memperkatakan kononnya rumah tangga Che Ta dilanda badai termasuklah Che Ta telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Sumber : Instagram @rozitachewan
” Pelik dengan cerita yang timbul, Che Ta mempersoalkan kenapa orang yang mencetuskan isu ini tidak berjumpa dan tanya sendiri dengan saya? Tanya saya depan-depan”
“Sejujurnya rumahtangga kami okay, tiada masalah. Setakat pasang surut dalam hidup berumahtangga itu, biasalah..” Jelasnya
Namun disebalik kekecohan yang timbul, Che Ta sempat berkongsi gambar eksklusif bersama suaminya, Zain Saidin yang diambil oleh jurugambar profesional dari Blackpepperproduction yang turut dikongsi menerusi laman instagram beliau.