Hiburan By: SGMS Faida June 1, 2018 @ 9:03pm

Jangan Cepat Menghukum, Semua Orang Buat Silap

Pelakon Hanna Delisha yang pernah digosipkan bercinta dengan Syafiq Kyle meluahkan rasa simpati terhadap apa yang menimpa jejaka itu.

Ini berikutan tersebarnya video lucah yang sehingga kini hangat dibualkan.

“Saya simpati dengan apa yang berlaku ke atas Syafiq dan berharap agar dia sentiasa positif dan kuat berdepan dengan semua ini.

“ Saya harap kontroversi ini diselesaikan dengan sebaiknya agar ia tidak sampai menganggu kehidupan dan kerjaya seninya selepas ini,” ujar Hanna yang bergandingan dengan Syafiq dalam filem Langsuir.

Dalam pada itu, Hanna turut sedih kerana kontroversi ini berlaku dalam bulan Ramadan.

“ Jangan cepat menghukum dan mengecam Syafiq dalam situasi ini.

“Bagi saya ia adalah tindakan yang sangat tidak patut dan salah. Semua orang melakukan kesilapan dan janganlah terlalu menghukum.

“Daripada kita mengutuk dan menyebarkan kebencian, adalah lebih baik kita memberikan kata-kata positif,” tegasnya.

Dalam pada itu, apa yang berlaku ini turut dijadikan pengajaran buat Hanna untuk lebih berhati-hati mengatur langkah.

“Jangan mudah percayakan orang. Itu pengajaran yang saya lihat daripada apa yang berlaku ini,” akhiri Hanna kepada salah sebuah portal tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Salman Khan takut nak kahwin!

Dua tahun lalu, bintang filem ‘Dev Das’ ini  pernah juga membuat pengakuan tidak mahu berkahwin atas sebab tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan