Hiburan By: Padin December 16, 2022 @ 4:15pm

“Jangan Hanya Pandang Kecantikan Saya” – Sanjna Suri Mahu Asah Bakat Lakonan, Sedia Bawa Watak Gadis Muslim

Mula menyertai dunia glamor sejak lima tahun lalu, Sanjna Suri tekad ‘meninggalkan’ gelaran ratu cantik kerana ingin serius dalam bidang lakonan.

Pemenang Miss Intercontinental Malaysia 2017 dan Miss Supranational Malaysia 2018 ini mahu mengasah bakat dalam dunia seni tempatan.

“Saya sangat berdedikasi untuk mengasah bakat yang ada. Saya minta orang lain jangan pandang pada rupa atau kecantikan saya sahaja, saya mahu belajar dalam industri lakonan.

“Saya dikenali sebagai ratu cantik dan model yang boleh berlakon. Saya tak mahu lagi dikenali dengan gelaran terbabit kerana ia sudah berlalu.

“Sekarang saya berusaha untuk dikenali sebagai pelakon kerana saya sudah tidak menyertai pertandingan ratu cantik dan kurang mengambil tawaran dalam bidang peragaan. Minat saya memang dalam dunia lakonan,” katanya.

Terbuka mencuba pelbagai watak, Sanjna yang pernah menghadiri beberapa bengkel lakonan bersama pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud sering diberikan watak cameo dalam drama-drama arus perdana.

“Saya mula berlakon sejak 2018. Untuk industri hiburan Melayu, saya bermula sebagai watak sampingan dalam naskhah Pengantin Satu Malam di samping Amelia Henderson dan Nazim Othman.

“Sangat susah nak ‘menembus’ dunia hiburan tempatan kerana saya bukan Melayu. Saya selalu dapat watak bukan Melayu, watak wanita India atau wanita berdarah campuran.

“Saya nak pecahkan stereotaip terbabit kerana benar-benar berminat nak berada di pasaran arus perdana.

“Saya tak kisah cerita itu memerlukan saya memakai tudung, melakonkan babak aksi atau karakter tomboy.

“Saya 100 peratus terbuka menerima watak wanita muslim. Saya menghormati semua agama dan saya pun memang membesar dalam kalangan orang Islam.

“Sebagai pendatang baharu, saya tak boleh terlalu memilih dan mengambil tawaran yang datang, dalam masa yang sama, saya harap saya boleh memberikan kelainan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Sanjna, Mundey Kampung Dey kini ditayangkan di pawagam bermula 15 Disember lalu.

Filem yang mendapat dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini diarahkan oleh Mansher Singh.

“Saya memegang watak heroin bernama Keeran. Apa yang menariknya, filem ini merupakan naskhah Punjabi tempatan pertama yang dihasilkan di Malaysia.

“Saya tak sangka lakonan saya mendapat respons positif media dari Pakistan. Mereka menggemari keserasian saya dan hero, Anwaar Beg Moghal.

“Saya teruja kerana filem ini juga berada dalam fasa perbincangan untuk ditayangkan di Pakistan. Saya berharap peminat dapat menyokong karya ini dengan menonton di pawagam,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 21 Jan 2023

Rai Ulangtahun Ke-25, Dewan Filharmonik Petronas Tampilkan Sebuah Siri Konsert Dengan Artis & Band Tempatan!

Sempena meraikan ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan bangganya mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis tempatan solo dan berkumpulan pada tahun ini. Dikenali dengan mempunyai tahap akustika yang tinggi di Kuala […]

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tiada Lagi Gelaran ‘Presiden Jomblo’, Baim Wong Dah Bertunang!

Gadis jelita ini merupakan model dan pelakon terkenal di Indonesia. Memang cantik orangnya, bertuah Baim!

Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Pelakon Gerak Khas Meninggal Dunia

Drama siri Gerak Khas kehilangan anggotanya hari ini apabila mendapat berita yang Nizen Ayob meninggal dunia sebentar tadi

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Fri, 25 Nov 2022