“Jangan Meroyan Dekat Aku” – Ibu Aina Abdul Perjelas Kain Merah Dalam MV Jangan Mati Rasa Itu

Penyanyi popular Aina Abdul berkongsi maksud yang tersirat disebalik kain merah yang digunakan dalam muzik video terbaharunya berjudul, ‘Jangan Mati Rasa Itu’.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh peminatnya di TiKTok, Aina kelihatan bertanya kepada ibunya mengenai simbolik penggunaan kain merah tersebut.

“Ma rasa apa simbolik kain merah tu dalam muzik video?

“Dekat yang hutan tu kan ada part melutut atas kain merah,” katanya.

Namun respons yang diberikan ibu Aina, Zaini Abdullah mencuri perhatian selepas peminat melabel wanita itu sebagai seorang bijak dan kelakar.

“Merah tu semangat. Semnagat juang yang gila. Merah memang simbolik dia semangat. Orang cina guna warna merah untuk semangat.

“Semangat  juang, terus hidup, jangan meroyan dekat aku!,” balas ibu Aina.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Terus Hidup ini meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

“Mak Aina ni vibe cikgu sangat bila bercakap.

“Comelnya Mama Aina! bila reply macam tu.

“No wonderlah Aina Abdul bijak, Mak dia pun bijak juga! Love sangat.

“Randomnya mak Aina, penat gelak bila part jangan meroyan kat aku.

“Personal sangat yang kat hujung tu aunty! Tak sangka Mama Aina kelakar macam ni,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 20,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin