’Jangan Rancang Bab Anak’- Shah Iskandar Kongsi Pesanan Buat Pasangan Pengantin Baru

Pelakon Shah Iskandar menyedari kesilapan pernah meluahkan kata-kata mahu merancang kehadiran anak sendiri.

“Silap saya sebab masa mula-mula kahwin, saya cakap pada isteri nak merancang terlebih dulu.

“Kini saya menyesal sebab setiap kata-kata itu doa dan terpaksalah saya belajar ‘the hard way’,” katanya.

“Jadi ‘korang’ kepada pasangan baru berkahwin jangan merancang bab anak ni, takut nanti jadi macam saya!” katanya berseloroh.

Pun begitu, suami kepada usahawan kosmetik dan spa kecantikan, Siti Sarah Mohd Noor, 32, berkata mereka belum sampai tahap mahu melakukan rawatan kesuburan, IVF atau mengambil anak angkat.

Mereka masih percaya pada cara normal untuk mendapatkan anak.

Shah Iskandar dan Siti Sarah sah bergelar suami isteri pada 16 Januari 2016 di Singapura.

Oleh: Endy Ashari / Gambar: BH Online

SGMS Faida