Jangan Salah Anggap, Saya Bukan Gila Glamour

Alahai…macam-macamlah netizen ni! Buat ini tak kena, buat itu tak kena. Ish, macam-macam hal.

Terbaru, pelakon dan penyampai radio terkenal Sharifah Shahira meluahkan kekecewaanya terhadap individu yang menyerangnya di Instagram. 

Kejadian berlaku apabila Shahira memuat naik gambar throwback majlis perkahwinannya sekitar 15 tahun dahulu. Niat isteri kepada pelakon Ijoy ini disalah erti apabila ada netizen yang menganggap tujuan gambar dimuatnaik untuk overshadow perkahwinan pasangan sensasi #Fattzura. Ish, tak baik cakap macam tu tau!

Berdasarkan post yang dimuatnaik semalam, Shahira dilihat ‘naik angin’ selepas individu bernama @mirhana_55 ‘mengusik’ dengan bahasa sinis.

“ Saya terkejut sikit dengan kejadian ini. Sebab sebelum ini memang ada individu yang meninggalkan komen sebegini di Instagram tapi kali ini memang saya terpanggil untuk menjawab. Dia ingat kita ni gila glamour sangat ke? Mungkin dia ingat kita jenis minta simpati atau mahu popular.

“ Tak mengapa, saya doakan yang baik-baik sahaja untuk individu berkenaan,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran produk Misfit di Ruang, Shah Alam.

Selebriti berusia 43 tahun ini turut mengingatkan netizen di kalangan anak muda agar berhati-hati bila meninggalkan komen di laman sosial.

“ Saya dapat rasa individu itu baik orangnya. Macam ini lah, situasinya macam kita naik kereta. Bila di  luar kereta, baik saja kelakuannya. Tapi lain pula jadinya, bila tengah memandu…terkeluar segalanya,” katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan dan menganggap semuanya sudah selesai.

Dalam masa sama, ibu kepada enam anak ini enggan menaruh dendam. Terbaiklah kak! Buang yang keruh, ambil yang jernih yer…

SGMS Faida