“Jangan Seksi Sangat Sis” – Netizen Tegur Penampilan Mimi Lana Ketika Beriadah

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila menggayakan pakaian riadah yang terlalu seksi di gimnasium baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mimi memuat naik beberapa hantaran video yang memaparkan dirinya sedang aktif beriadah dengan menggunakan beberapa alatan di gimnasium.

Dalam perkongsian itu, Mimi mengenakan singlet sukan berwarna cerah yang dipadankan dengan seluar pendek.

“Happy new year everyone,” tulis Mimi di ruangan kapsyen.

Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan pelakon drama Masih Ada Rindu itu.

Ramai meluahkan rasa kecewa apabila seluar yang dipakai Mimi dilihat terlalu pendek sehingga menampakkan pehanya dan menganggap ia tidak sesuai bagi imej seorang muslim.

Sebelum ini, penampilan Mimi juga pernah dkiritik warganet apabila menjadi model bagi promosi pakaian dalam jenama antarabangsa.

ARTIKRL BERKAITAN: Mimi Lana & Aedy Ashraf Dikecam Peraga Koleksi Pakaian D*lam Jenama Antarabangsa

Khairil Khusyairi