Featured By: Salma Syahbuddin April 18, 2023 @ 3:37pm

“Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang!” – Anak Azhar Sulaiman Mengaku Tak Liar, Pilih Lelaki Melayu Berbanding Mat Salih Sebagai Teman Hidup

Pempengaruh media sosial popular yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengaku kehidupannya sering menjadi perhatian masyarakat walaupun dia kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut Leona, kehidupannya di luar negara lebih aman berbanding di Malaysia kerana di sana dia hidup berdikari dan tidak dikenali.

“Saya ada tiga tahun lagi, masa yang agak lama. Alhamdulillah saya settle down well over there dah jumpa kawan dan dah pandai masak sikit-sikit. So, kehidupan kat sana it’s like very best, berbeza dari kehidupan saya kat sini.

“Sebab kalau kat Kuala Lumpur, hidup saya macam glamor dan ada banyak orang tolong saya dalam kehidupan seharian. Tapi dekat United Kingdom totally hidup berdikari and kat sana it’s very peaceful but it’s very nice life lah kat sana,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia lebih liar dan bebas hidup di negara orang, Leona bagaimanapun menegaskan, ibu bapanya bukanlah sejenis individu yang suka mengongkong dan disebabkan sikap itu,  dia tidak mengalami kejutan budaya (culture shock) ketika mula-mula melanjutkan pelajaran di luar negara.

Tambahnya, perkara itu juga dianggap bukan tiket untuknya menjadi lebih ‘liar’ seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

Malah, remaja berusia 21 tahun ini juga mengaku kritikan yang diterimanya selama ini tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap dirinya.

“Parents saya bukanlah sejeni yang straight, jadi kat sini (Malaysia) juga saya ada kebebasan itu untuk buat apa yang saya suka. So, dekat sana (UK) saya bukan culture shock dengan the freedom tapi kat sana saya lagi rileks. Sebab kalau kat sini apa je yang saya buat orang akan kenal.

“Pasal kritikan tu, sebenarnya saya tak tahu pun unless ada orang bagitahu dekat saya, itupun saya tak baca sebab kalau saya baca mungkin saya akan rasa terkesan dengan kecaman dan tuduhan yang diberikan. It’s like unnecessary negative vibes dan tahun ni saya macam positif vibes sahaja so, i just continue do it whatever i like. 

“So, saya taktahu kalau ada artikel baru atau apa saja tentang saya and i can’t stop it. So, kenapa saya perlu ubah kehidupan saya untuk mengurangkan kecaman kerana even benda simple macam saya pergi bazar pun ada artikel. So, i patut tak hidup ke?

“Focus on your own family, tu je yang saya boleh cakap. Jangan sibuk sangat jaga tepi kain orang lain. If it brings just do things that make you happy,” jelasnya.

Dalam pada itu, Leona turut berkongsi mengenai lelaki idamannya, menurutnya walaupun dia kelihatan lebih mengamalkan gaya hidup ala kebaratan, namun hatinya lebih tertarik untuk mencari teman lelaki dalam kalangan lelaki Asia terutamanya, orang Melayu.

“Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu.

“Ada banyak sebab antaranya lelaki Asia lebih berbudi bahawa, bersopan santun dan baik. Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

河智苑弟弟全泰秀因忧郁症自杀身亡!

韩国影后河智苑的亲弟弟、演员田汰遂(前译:全泰秀)今天惊传因忧郁症而自杀身亡, 享年34岁,这是继去年底SHINee成员钟铉之后,又一艺人因忧郁症而自杀,让家人与粉丝们均悲痛不已。

Featured Tue, 18 Apr 2023
Featured Thu, 19 Jul 2018

Denyut Nadi Nelson Mandela Terus Membara Di Ulang Tahun Ke-100 Meski Beliau Sudah Tiada

Selama hidupnya, ia selalu berjuang melawan Apartheid dan melindungi orang-orang Afrika meski harus keluar dan masuk penjara.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Aiman Hakim Buka Mulut, Jawab Tuduhan Fathia Latiff

Diharap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik okay!

Hiburan Thu, 28 Apr 2022

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Tiz Zaqyah pertama kali jumpa abang kandung