Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman mendedahkan bukan mudah untuk bertapak dan menempa nama dalam industri seni tanah air, terutamanya mereka yang bergelar influencer.
Menurutnya, menjadi diri sendiri dan sentiasa tahu membezakan keadaaan menjadi faktor kenapa dirinya diterima dalam industri.
“Asalnya saya pun influencer, bila bekerja dalam bidang ni kita kena pandai sesuaikan diri dan jadi diri sendiri tapi jangan tak sedar diri.Â
“Kalau di media sosial saya agak kasar tapi kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan. Tapi tak salah nak buat video viral dan dikenali. Cuma kena beringatlah dengan siapa anda bekerja dan dengan siapa anda berjumpa,” katanya.
Memetik laporan Murai, Norreen berkata, terdapat segelintir influencer pada masa kini yang sukar memberi kerjasama kepada pihak media malah ada yang sempat bertanyakan tentang bayaran terlebih dahulu.
“Jangan sombong boleh? Jangan bongkak dan takbur sebab kau baru nak up kot! Untuk saya sendiri, saya tidak pernah meletakkan diri saya untuk dibayar setiap masa.Â
“Jangan kekwat, sedarlah diri di mana anda bertapak. Bukan semua perkara kita anggap perlu dibayar umpama air liur kita mahal,” jelasnya.
Terdahulu, nama Norreen hangat diperkatakan selepas terpalit dengan isu tuduhan âscamâ duit founder sekitar tahun 2018Â namun wanita ini telah memberi respons terhadap isu terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Norreen Kena Scam Ketika Bercuti Di Hatyai