Hiburan By: Del14 November 21, 2019 @ 10:13pm

Janna Nick Keluar Hospital Demi Siti

Setelah beberapa hari demam panas sehingga muntah-muntah, pelakon Janna Nick dimasukkan ke hospital semalam bagi memantau keadaannya. 

Baca: Muntah-Muntah, Janna Nick Dikejarkan Ke Wad Kecemasan

Namun kerana komitment terhadap teater Siti Di Alam Fantasi, Janna meminta pelepasan untuk keluar wad bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai pelakon. 

Memetik laporan BH Online, pengurusnya, Afeeq Abdul Wahab berkata doktor memberikan pelepasan bersyarat dengan meminta pelakon tersebut kembali ke wad sejurus selepas pementasan kerana keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan Janna belum sembuh sepenuhnya, tetapi dia kuat semangat dan mahu bersama-sama rakan lain, yang sudah lebih dua minggu berlatih, tampil di Istana Budaya pada pementasan pertama, malam ini.

“Setakat ini doktor memberikan pelepasan di atas tanggungan sendiri selepas dia berkeras menegaskan mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk pementasan terbabit. 

“InsyaAllah, andai tiada aral, seperti dijanjikan Janna akan menggalas watak yang diserahkan kepadanya dalam teater Siti Di Alam Fantasi, namun sebaik sahaja selesai, dia perlu bergegas kembali ke hospital,” katanya. 

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner (24) merupakan tunjang utama bagi pementasan teater berkenaan yang berkisar pada dunia khayalan seorang gadis cantik tetapi sarat sifat sombong. 

Siti Di Alam Fantasi turut dijayakan oleh Fizo Omar, Datin Paduka Umie Aida, Erma Fatima, Datuk Ziela Jalil, Johan Raja Lawak, Abam Bocey, Issey Fazlisham, Ozlynn Waty, dan Isma Halil bermula 21 hingga 26 November ini. 

 

 Kredit Foto: Instagram @jannanick

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Zedd merupakan pengarah muzik yang terkenal dari Rusia. Yuna telah menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengannya.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Mon, 16 Aug 2021

Agong Perkenan Perletakan Jawatan PM, Muhyiddin Yassin Jalankan Tugas Caretaker

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen […]

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

BRONT PALARAE JADI ORANG YAHUDI?

Selepas Kejayaan filem Pengabdi Setan, nama Bront Palarae sudah tidak asing lagi dikalangan peminat Malaysia mahupun Indonesia

Featured Tue, 12 Jul 2022

Peminat Neelofa & Che Ta Berbalah Isu Inai – “Takkan Nampak Hebat Jatuhkan Orang Lain”

Setiap orang kan ada cita rasa berbeza-beza, kenapa perlu bandingkan? 🤔 Enjoy je la pakai inai hehe