Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2019 @ 10:16am

Jarang Kongsi Cerita Peribadi Di IG, Tauke Kini Lebih Tenang

Selepas dilanda kontroversi rumah tangga pada awal tahun lalu, pelawak Tauke membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal peribadi di laman sosial.

Tauke ketika ditemui di minggu separuh akhir Bintang Bersama Bintang 2019 malam tadi memberitahu dia kini lebih berhati-hati dengan perkongsian di Instagram.

“ Jujurnya saya tidak seaktif dulu di Instagram, malas nak fikir. Saya mahu fokus hal lebih penting.

“ Contohnya melibatkan hal berkaitan kerja. Kalau boleh saya memang tidak mahu elak berkongsi hal peribadi di IG. Saya sudah belajar dari insiden lepas dan mahu lebih positif.

“ Jadi saya ambil keputusan untuk berkongsi hal-hal berkaitan kerjaya seni atau perniagaan sahaja,” katanya kepada XTRA.

Januari lalu, nama Tauke menjadi bualan selepas menafikan menceraikan Nadia Mohd Affendi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp. Dalam masa sama, Tauke mengaku rumah tangga yang dibina sejak lebih setahun lalu, sedang diuji. 

Sementara itu, Tauke memaklumkan dia turut berdepan dengan masalah penurunan pengikut sejak kebelakangan ini.

“ Akaun Instagram saya sudah masuk empat ke lima tahun tetapi bilangan peningkatan pengikut dilihat bergerak perlahan. Dulu okay tetapi tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini pergerakan jumlah pengikut agak perlahan.

“ Atas sebab itu saya hanya mahu kongsi perkara positif sahaja dan mahu elak isu-isu kontroversi. Saya percaya pengikut juga mahu lihat benda yang positif,” ujarnya

Pada masa ini, akaun Instagram pertama Tauke memiliki 993,000 pengikut manakala akaun kedua pula mencatatkan hampir 60,000 pengikut.

Tauke juga menolak sebab penurunan followers kemungkinan berkait rapat dengan isu kontroversi yang melandanya beberapa bulan lalu.

“ Saya tak fikir begitu. Mungkin ada masalah melibatkan teknikal,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 17 Feb 2020
Events Thu, 7 Mar 2019
Featured Fri, 1 Sep 2023

“Selagi Boleh, Masukkan Je Semuanya!” – Ain Edruce Mengaku Jadikan Keluarga Sebagai ‘Content’

Selagi boleh angkut, angkut je Ain! Yang penting content Ain tak pernah tak kelakar🤣🤣🤣

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

狄妃「活着进棺材」探索生命的意义

配合马来西亚首个生死特展的系列活动「活着进棺材」日前邀来狄妃参与!躺过棺材的她,坦言曾因「等」的恶习错过了一些事,造成终身遗憾。

Fab Foodies! Mon, 11 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Sup Kambing Berempah

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai beberapa hari lagi, resepi ini mungkin ini boleh dijadikan pilihan untuk juadah berbuka puasa hari ini. Penggemar daging kambing, tunggu apa lagi, yuk pekena Sup Kambing Berempah petang ini.  Bahan- Bahannya; […]

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Dalam bahasa mudah, kena cermin diri kita dulu dalam apa jua situasi 🙂‍↔️