Jawab Q&A Session Bersama, Netizen Puji Muka Suami Najwa Latif Persis Ben Amir

Sejak berkahwin beberapa minggu yang lalu, penyanyi Najwa Latif dan suaminya, Akwa Arifin sering menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok di mana pasangan itu sedang menjawab soalan peminatnya yang ingin tahu sama ada mereka pernah bergaduh atau tidak menerusi ‘ask me question’ di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Najwa dan Akwa berkata mereka tidak selalu bergaduh sebaliknya suka beristighfar berselawat.

“Kitorang tak selalu gaduh-gaduh, kitorang selalu banyak beristighfar sama-sama dan selawat. Gaduh-gaduh takda,” katanya.

@ekeqekek♬ original sound – FANS WAWA

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur melihat gelagat mereka, bahkan ada juga yang memuji muka Akwa persis pelakon Ben Amir.

“Weh kenapa macam Ben amir.

“Muka akwa macam Ben Amir lahhhh hihi.

“Comel sorang melawak sorang sambung lawaknya complete betol.

“Sebijik pulak Ben Amir,” komen netizen.

Fatin Nurain

Recent Posts