Jihan Muse Hamil Anak Kedua, Peminat Puji Wajah Makin Berseri!

Pengacara dan pelawak Jihan Muse kini hamil anak kedua selepas membuat penampilan sebagai hos dalam sebuah rancangan televisyen berbayar semalam.

Jihan yang kelihatan sedang sarat mengandung turut dipuji oleh peminatnya di media sosial kerana wajahnya yang semakin berseri.

“Cantikkkk sangattt sukeee tengokkk malam tadi,” puji seorang peminatnya.

“Serius sangat berseri seri,” tulis seorang pengikut.

“Berseri seri lah Jihan, tak puas mata memandang,” komen seorang netizen.

Dalam pada itu, Instagram isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu turut dihujani ucapan tahniah dan doa dari peminatnya.

“Tahniah jihan semoga selamat melahirkan…dan dipermudahkan segala urusan…,” tulis seorang peminatnya.

“Baru tahu sis Jihan pregnant. semoga baby n ibunya sihat2 selalu. Aminn,” komen seorang pengikutnya.

Jihan dan Hariz telah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq.

Fatin Nurain