Featured By: Maya Basir July 5, 2022 @ 5:49pm

“Jika Ada Teman Lelaki Pastinya Dia Sudah Meninggalkan Saya” – Sibuk Bekerja, Sherry Alhadad Mengakui Masih Solo

Pengacara popular, Sherry Alhadad mendedahkan dia masih belum mempunyai teman istimewa ditambah pula dengan kesibukan kerjayanya.

Memetik laporan Harian Metro, Sherry atau nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Alhadad, 37, berharap agar bertemu jodoh dengan seseorang yang menerima dirinya seadanya dan bukan atas dasar nama pentasnya sahaja.

“Kalau diikutkan saya memang sibuk dengan kerja kebanyakan masa, sampaikan saya pernah berkata kepada teman rapat, jika ada teman lelaki pastinya dia sudah meninggalkan saya kerana terlalu sibuk.

“Malah, ‘circle’ saya juga membabitkan orang yang sama saja dan kebanyakan masa diluangkan bersama ibu dan keluarga. Jadi hendak bertemu dengan jodoh yang bukan daripada ‘circle’ bukan sesuatu yang mudah.

“Apatah lagi, saya juga sebenarnya seorang yang ‘simple’ saja. Jika tiada kerja atau sebagainya, saya lebih selesa dengan baju biasa tanpa solekan.

“Jadi, kalau boleh biarlah individu yang ingin bersama saya itu menerima saya kerana diri sebenar dan bukanlah Sherry Alhadad yang sudah diulit populariti dan bidang seni,” katanya.

Berkongsi lanjut tentang bentuk tubuh yang semakin langsing, Sherry berharap dapat konsisten dalam mengamalkan rutin sihat demi kesihatannya.

“Mungkin ada yang tidak tahu, saya sejak dulu lagi memang bertubuh gempal. Namun, saya mengambil pendekatan untuk menurunkan berat badan demi kesihatan memandangkan usia semakin meningkat.

“Tidak kira bertubuh gempal atau sebagainya, saya tetap ‘confident’ dengan diri. Jadi, saya juga ingin menerapkan konsep yang sama kepada semua di luar sana untuk mempunyai keyakinan yang sama,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Wany Hasrita Pasang Niat Sambung Belajar Di Luar Negara?

Betul kata Wany tu, kalau diberi peluang dan kesempatan siapa yang tak nak belajar oversea kan?

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Che Ta Lega Tiada GST?

Che Ta enggan mendedahkan jumlah derma yang akan dihulurkan kerana menurut beliau apa yang dilakukan bukanlah paksaaan tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai rakyat Malaysia

Featured Tue, 9 Aug 2022
familuv Sun, 2 Sep 2018

Wajib Atau Tidak Pakai Stokin Ketika Berpantang? Doktor Ini Ada Jawapannya

‘Angin’ masuk melalui kaki ibu berpantang yang tak pakai stokin sebenarnya tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. 

Featured Thu, 16 Feb 2023
error: Content is protected !!