Categories: HiburanSelebriti

Jiwa & Hati Tenang Bila Mengenakan Tudung

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha antara hijabista berpengaruh di Malaysia. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, Hanis tidak bertudung.

Pada tahun 2015, Hanis mengambil keputusan untuk berhijab. Menurutnya, bukan mudah untuk berhijrah, namun dia akui sangat gembira.

Tambahnya lagi, sudah lama dia free hair dan sudah tiba masanya untuk berhijab. Ibu bapanya sudah membesarkannya dengan didikan yang sempurna.

“Dah lama saya free hair dan semua gaya rambut telah saya cuba. Saya mula berhijab sebelum saya bertunang lagi. Saya rasa ibu bapa saya dah besarkan saya dengan cara yang elok dan bila dah bertudung, inilah dirikan sebenar mama dan daddy.”

“Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang. Mungkin sebab saya dah puas pakai baju seksi-seksi satu ketika dahulu. Sekarang bila tak pakai tudung, saya pula rasa malu,” katanya 

SGMS Enal