Hiburan By: SGMS Faida July 13, 2018 @ 7:13am

Jodoh Syaitan Ibarat ‘Jump Start’ Untuk Sofi Jikan

Sering membawakan watak antagonis, pelakon Sofi Jikan bakal memulakan penggambaran filem bertajuk Jodoh Syaitan pertengahan Julai ini.

Sofi atau nama sebenar, Mohamad Shoffi Jikan ketika ditemui di majlis pelancaran filem tempoh hari memberitahu kemunculannya dalam filem ini diibaratkan kebangkitan semula.

“ Terus terang saya katakan, kali terakhir saya berada di set ialah ketika penggambaran Polis Evo 2. Sudah lama.

“ Saya cukup berterima kasih di atas peluang yang diberikan oleh penerbit, Mokharul Shamsul Mokhtar dan pengarah, Ismail Bob Hasim atas peluang ini.

“ Di sebalik apa yang telah terjadi, mereka beri saya peluang, mereka adalah hero sebenar bagi saya. Alhamdulillah,” katanya kepada xtra.com.

Barisan Pelakon Filem terbitan sulung DA Motion Media berjudul ‘Jodoh Syaitan’ 

Tambah Sofi, untuk satu jangka masa panjang, beberapa projek yang pernah ditawarkan kepadanya turut ditarik balik.

“ Lebih mengejutkan, ada projek yang sebelum ini menawarkan saya bekerja di bawah mengarahkan saya untuk menulis surat saya menarik diri,” katanya dalam nada kecewa.

Terdahulu, pelakon berusia 48 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

“ Sejak hari itu, banyak pengajaran yang saya dapat. Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca televisyen. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih.

Dalam masa sama, Sofi mengakui ramai kawan menghilangkan diri daripada sejak insiden itu namun dia tidak menyalahkan sesiapa.

“ Dari situ, baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Mungkin mereka tidak mahu terbabit dengan saya, jadi tidak ada siapa mahu berkawan dengan saya.

“Walaupun begitu, saya tidak mahu bersikap prejudis atas tindakan segelintir daripada mereka, saya cuba berfikir positif. Kalau saya di tempat mereka pun, mungkin saya akan buat benda yang sama,” katanya.

Sabarlah Sofi, anda pelakon berbakat besar. Perjalanan masih jauh dan ramai sayangkan bakat Sofi lagi. Terus berkarier dengan tenang ok? Good Luck untuk penggambaran filem Jodoh Syaitan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Fri, 23 Nov 2018

Mangsa Simbah Asid Terkilan Ditipu Jutawan Kosmetik Terkenal?

Wanita ini terkilan dengan individu yang menabur janji palsu namun begitu sehingga sekarang tiada tindakan diambil. Apa kes ni?

Hiburan Thu, 2 Nov 2023

“Mereka Mahu Saya Bawa Watak Wanita Cina.. Mana Ada Wanita Cina Bertudung?” – Margaret Gan Dah Lama Tak Terima Tawaran Lakonan

Semoga Margaret sentiasa murah rezeki dan sihat selalu…Aamin🤲🏻 Rindu nak tengok Margaret berlakon😩

Hiburan Tue, 6 Nov 2018
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Alyah dan Tok Ram