Events By: SGMS Faida September 18, 2018 @ 5:00pm

Joe Flizzow, Ismail Izzani, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan Gamatkan Konsert Tremendous JOOX 22 September Ini

Sempena meraikan ulang tahun ketiga, JOOX bakal menganjurkan Tremendous JOOX Live Concert sempena sambutan ulang tahun ketiga mereka! Konsert tersebut bakal diadakan pada 22 September ini bermula pukul 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX, Angie Tan memberitahu pihaknya sangat teruja mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert.

Peminat JOOX bakal dihiburkan dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi popular seperti Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See.

” Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut.

” Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil pada malam konsert terus meningkat dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini,” katanya.

Ujarnya, ia merupakan cara mereka menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong JOOX selama tiga tahun beroperasi.

“Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat,” jelasnya.

Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah pula menyatakan bahawa JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baharu.

Penyanyi berbakat besar itu muncul dengan lagu terbaru bertajuk ‘Layarlah Kembali’ dan lagu ini mendapat respons yang baik di aplikasi Joox.

Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan bahawa aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka kerana berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada audiens yang lebih besar.

“Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu untuk mempromosikan muzik kami,” ujar mereka yang popular dengan lagu Potret dan Lagu Untuk Laila.

Untuk hadir ke konsert berkenaan, peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatkan satu pas masuk biasa atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatkan satu pas masuk VIP ke Tremendous JOOX Live Concert.

Kad VIP pula boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7 Eleven (terhad kepada Malaysia Barat), bermula pada 6 September.

Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7 Eleven, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk. Untuk makluman, pas masuk tersebut adalah terhad.

Jika membeli kad melalui JOOX, peminat akan menerima mesej pengesahan yang perlu ditunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk.

Untuk maklumat lanjut, peminat juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia (facebook.com/JOOXMY) untuk mengetahui mengenai cara menebus pas masuk.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka…Saya tidak melatah.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Hiburan Mon, 22 May 2023
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Here’s the Full List of Winners at the 2018 Melon Music Awards

There are over 30 awards given out that night!

Hiburan Tue, 28 Mar 2023