Hiburan By: SGMS Faida July 1, 2019 @ 2:44pm

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Pelakon Johan As’ari, tidak kisah seandainya tiada jodoh dengan teman wanitanya dikenali dengan nama Letty.

Johan ketika ditemui Xtra.com berkata hubungan mereka sangat profesional dan masing-masing menghormati impian yang ingin dicapai.

“Kami selalu berhubung melalui Whatsapp dan panggilan video. Dia faham kerjaya saya sebagai pelakon dan mahu saya mencapai impian saya.

“Begitu juga dengannya yang sibuk melengkapkan Doktor Falsafah di United Kingdom,” katanya.

Malah Letty sibuk membantu mengurus bisnes keluarganya mengendali butik hotel di beberapa buah negara.

Pelakon filem Juvana itu berkata setakat ini dia sudah pun bertemu dengan ahli keluarga Letty menyambut Syawal lalu di Perlis.

Katanya, keluarga teman wanitanya sangat terbuka mengenai hubungan mereka setakat ini.

“Ibunya menyukai saya dan berharap ada ‘jodoh’ kami tapi dia juga faham kami berdua ada impian kerjaya yang mahu dikecapi,” kata Johan.

Hubungan jarak jauh antara Johan dengan gadis kacukan Malaysia-Amsterdam itu berputik sejak sembilan bulan lalu.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Giliran Anak Shah Rukh Khan Pula Dikritik…

Ini kerana netizen menganggap pilihan Suhana Khan bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna malah tidak relevan kecuali kerana dia anak kepada King of Khan, Shah Rukh.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Justin Bieber’s Baby MV is Most Liked AND Disliked Video on YouTube?!

The song, which shot the Canadian singer to fame, truly received a horribly mixed review.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Abby Abadi Mohon Doa Semua, Anak Makin Kritikal

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Abby Abadi dan keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Degup Atau Denyut Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Bersyukur Terima Respons Luar Jangkaan

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai penggunaan perkataan dalam lagu popular Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Sehinggakan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik berkenaan ditegur oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Events Fri, 19 Oct 2018
Featured Mon, 4 Jul 2022
Featured Tue, 17 May 2022

| Live TV

error: Content is protected !!