Hiburan By: SGMS Enal July 24, 2019 @ 2:00pm

Johan Mengaku Silap?

Hampir lapan tahun membina nama, pelakon Johan As’ari mengakui, dirinya berdepan ujian berat apabila langsung tidak menerima tawaran berlakon sepanjang tahun lalu.

Pelakon yang melonjak menerusi watak Botak dalam drama dan filem Juvana itu akur, ia berpunca kesilapan sendiri hingga menyebabkan penerbit hilang kepercayaan.

“Saya pernah hanyut dan lupa diri apabila mendadak popular. Ia menyebabkan saya gagal mengekalkan momentum, tetapi saya terima semua yang tertulis kerana ia berpunca kesilapan sendiri,” katanya.

Johan berkata, kehilangan ibu tercinta, Datin Firdaus Abdul Kader kerana kanser tulang pada 2015 menjentik hatinya supaya kembali ke landasan sebenar.

“Perlahan-lahan saya berusaha untuk meraih kembali apa yang pernah hilang. Saya tidak kesal dengan apa yang saya lalui kerana semua itu membentuk saya menjadi lebih matang.

“Alhamdulillah, walaupun rezeki berlakon tidak seperti dahulu, saya masih menerima tawaran untuk membintangi filem. Kadang-kadang saya malu dengan Tuhan kerana tidak pernah putus memberikan rezeki, walaupun saya pernah lupa mensyukuri nikmat-Nya,” katanya.

Beralih kepada soalan peribadi, pelakon yang pernah dijulang sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 itu berkata, dia masih baik dengan kekasihnya yang hanya dikenali sebagai Letty.

Johan berkata, mereka masih berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan panggilan video, memandangkan Letty sedang melanjutkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah di United Kingdom.

“Saya memahami dan terbuka dalam hubungan kami kerana Letty juga mempunyai impian yang ingin dicapai. Semuanya berbalik kepada soal jodoh.

“Seandainya nanti antara kami ditakdirkan bertemu orang lain, kami terima suratan takdir itu,” katanya.

Johan atau nama lengkapnya Johan Ariff As’ari, baru-baru ini sempat bercuti ke Bali, Indonesia untuk merehatkan minda, sementara menanti pengesahan membintangi sebuah filem aksi.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Featured Thu, 13 Oct 2022

“Jijik Dengan Manusia Yang Caci Maki Budak, Moga Reput Di Neraka!” – Izara Aishah Bersuara, Selar Netizen Mulut Puaka 

Izara Aishah kesal dengan sikap segelintir netizen yang dianggap tak ada perikemausiaan

Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Wah…Bocey Pasang Hajat Rakam Lagu ‘Jiwang’

Sejak lima tahun lepas memang kami bercita-cita nak buat single tapi…

| Live TV

error: Content is protected !!