Hiburan By: Ad Ops March 13, 2019 @ 5:44pm

Johnny Depp Saman Bekas Isteri 50 Juta Kerana Kes Dera

Pelakon Hollywood terkenal Johnny Depp hari ini mengeluarkan  saman kepada bekas isterinya yang juga pelakon Aquaman iaitu Amber Heard berhubung kes penderaan yang melibatkan dirinya.

Tahun lalu, kes penceraian berprofil tinggi antara dua pelakon Hollywood ini menjadi bualan netizen apabila Amber Heard  mendakwa Johnny Depp telah menderanya secara fizikal. Dakwaan ini sekali gus mencemarkan nama pelakon Hollywood terkenal itu.

Amber Heard mendakwa Johnny Depp bertindak agresif terhadap dirinya, Amber juga turut dilihat dikhalayak dengan kesan lebam di mukanya. Perkara ini semakin meyakinkan ramai pihak bahawa Johnny Depp merupakan pesalah utama.

Namun hari ini, Johnny Depp telah bertindak mengeluarkan saman terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta setelah segala bukti sebenar menunjukkan bahawa bekas isterinya sebenarnya merupakan seorang pendera dan telah mencederakan dirinya sehingga tulang di bahagian jarinya retak. Amber turut didakwa memukul Johnny di bahagian muka sebanyak 3 kali. 

Johnny Depp mengeluarkan saman kepada Amber Heard terhadap tuduhan mencederakan dan memfitnah dirinya dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Heard di The Washington Post. 

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Setahun kemudiannya, Heard memfailkan perceraian terhadap Johnny Depp.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 5 Jan 2022

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor. Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal […]

Events Fri, 27 Apr 2018

One Republic Wows 10,000 Fans in Malaysian Concert!

Missed out on the concert? Here’s what went down that night.

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Nama Semakin Dikenali Gara-Gara Aksi ‘Panas’, Siti Hariesa Lebih Teliti Baca Skrip Sebelum Berlakon

Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Siti Hariesa pun dah move on