Hiburan By: SGMS Faida February 8, 2019 @ 1:07pm

Jom Sertai Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019!

Panggilan kepada pengarah-pengarah baharu! Pertandingan Drama Pendek DFKL kini telah dibuka penyertaan dengan mempertaruh hadiah bernilai sehingga RM18,000 untuk dimenangi. Selain itu, orang ramai juga diseru untuk mengundi pilihan artis dan drama mereka di portal hiburan www.dfkl.com.my bermula 1 Februari yang lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,

“ Semenjak pengenalan DFKL pada tahun 2014, pertandingan drama pendek ini merupakan antara pertandingan yang disertai ramai. Pelbagai genre drama pendek yang berkualiti telah diterima sehingga kini, oleh itu kami menyeru kepada semua sutradara muda di luar sana untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan drama-drama pendek ini sebelum 1 Mac 2019. Rebutlah peluang yang kami sediakan dan menangi hadiah wang tunai RM10,000 (juara), RM5,000 (Naib Juara), dan RM3,000 (tempat ketiga).”

“Selain itu, penglibatan orang awam dibuka lagi dengan mengalu-alukan mereka mengundi artis pilihan mereka dalam kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

” Setiap individu boleh menurunkan undian mereka sebanyak 10 undian setiap hari kepada mana-mana pilihan mereka dimana undian-undian mereka akan menentukan pemenang pada malam anugerah DFKL bagi kategori yang dipertandingkan kelak.”

Bagi pertandingan drama pendek pula, terdapat beberapa garis panduan untuk rujukan para peserta pertandingan drama pendek ini.

  1. Pastikan tiada sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini dipaparkan di dalam video.
  2. Muzik atau sebarang audio yang digunakan wajib berstatus bebas royalti.
  3. Dilarang sama sekali menggunakan unsur unsur lucah, politik, penghinaan terhadap agama dan bangsa, budaya yang boleh merosakkan nilai murni masyarakat, frasa lucah atau menjurus kepada bahasa kasar.
  4. Baca dan faham terma & syarat penuh penggunaan dan pertandingan drama pendek yang berikut.

Syarat Penyertaan:

  1. Tema : Realiti Dunia Media Sosial
  2. Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika, sensitiviti agama dan budaya
  3. Durasi video: 3-5 minit
  4. Hantar video melalui laman sesawang www.dfkl.com.my
  5. Tarikh tutup penyertaan : 1 Mac 2019
  6. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Thu, 25 Apr 2019
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Selamat Pengantin Baru Dynas!

Dynas dijangka bertemu media petang ini bagi menceritakan butiran dan pengalaman majlis pernikahan.

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

FENOMENA SAJAT JAMPI STADIUM AJL32

Menerusi instagram @nursajat02, beliau turut melahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada semua peminat, haters, mahupun penonton yang hadir yang turut sama memberikan sokongan kepadanya

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

抢不到「大吉」玩偶和周边商品?担心什么~用这方法就好啦!

抢不到「大吉」玩偶和精美的周边商品?担心什么~用着方法就好啦!

Hiburan Wed, 8 Jun 2022

“Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Pengarah popular, Michael Ang terpaksa ikut selera peminat dalam pemilihan pelakon.

Hiburan Tue, 31 Oct 2023

Peguam Syamsul Yusof Beri Respons Dakwaan Perceraian Dengan Ira Kazar

Peguam yang pernah mewakili kes perceraian Syamsul Yusof beri penjelasan…

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Selepas 15 Tahun, Amelia Henderson Kembali Hangatkan Kemuncak ASK 2018

Pelakon jelita ini berpeluang menyanyi di malam anugerah buat pertama kali!