Untuk tahun yang ke-6 ini, Sunway Lagoon sekali lagi mengadakan malam yang paling menakutkan buat pengunjung-pengunjungnya. Dengan tema Scarier Than Ever! Nights Of Fright (NOF6) turut membawakan anda menikmati lapan rumah berhantu yang pastinya menguji tahap keberanian korang! Mana taknya, terdapat beberapa zon menakutkan dan pelbagai aktiviti yang akan menghantui korang sepanjang perjalanan mencari jalan pulang dalam edisi Nights Of Fright (NOF6) kali ini!
Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman memasuki rumah hantu yang paling mengerikan terutamanya di Wendigo – The Legend In The Mist, Phobia: Coulrophobia – The Fear Of Clowns, Slaughterhouse 13, Scarytales Theater, Horrorwood Studios Wax Museum Of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream In UV3D, JAMPI, Enclave Of Torture.
Kalau nak tahu apakah hantu yang bakal menggangu hidup anda pada NOF6 nanti, nah! kami sajikan beberapa hantu yang bakal menemani perjalanan anda nanti.

Scream Face

Pontianak

Zombie Zoo

Pennywise

Ghostbuster
Jadi apa tunggu lagi, korang hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah yang telah disediakan klik di sini
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 September 2018.