Contest By: Salma Syahbuddin May 27, 2019 @ 6:00pm

#JommenangXtra : Resort World Of Genting Raih Sambutan Ulangtahun Batman Yang Ke-80

Pertama kali muncul sebagai sosialit yang menjadi salah seorang pejuang jenayah dalam Detective Comic, Dark Knight secara tidak langsung menjadi simbol keberanian dan keadilan bagi peminatnya selama 80 tahun.

Karakter ini juga turut mempengaruhi setiap sudut hiburan dengan penghasilan pelbagai komik , kartun, siri televisyen, permainan video, taman tema, koleksi pakaian serta filem animasi dan blockbuster.

Bukan itu sahaja, pihak DC juga telah melancarkan rancangan global tahunan bagi memberi penghormatan terhdap karakter popular ini yang dikenali sebagai Detektif Paling Hebat Di Dunia.

Dan, apa tunggu lagi! Pastinya peminat di seluruh Asia Tenggara gembira apabila dapat bersama-sama dengan karakter Batman ini pada 10 Mei sehingga 10 Julai 2019 bertempat di SkyAvenue, Resorts Wolrd Of Genting dalam kempen #LongLiveTheBat.

Dengan kerjasama Warner Bros Consumer Products dan DC Entertainment, Sky Avenue, Resort World Of Genting telah menyiapkan pelbagai aktiviti dan pameran disetiap pusat membeli-belah mereka. 

Menurut Naib Presiden Hiburan dan Acara Resort Wolrd Of Genting, Kevin Tann berkata, pihak mereka turut berbangga apabila menjadi tuan rumah bagi Francais antarabangsa yang diiktiraf dari DC Comics kerana memainkan peranan penting dalam membawa karakter terkemuka ini ke Malaysia.

“Saya yakin bahawa setiap keluarga yang datang berkunjung pastinya mendapat kepuasan kerana boleh berinteraksi dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di pusat membeli-belah ini” Katanya.

 

Terdapat banyak elemen yang menarik sempena anniversary Batman yang ke-80 ini antaranya, pertunjukkan Batman Skysymphony yang pertama di dunia di Level 1, SkyAvenue. Pertunjukkan Skysymphony yang eksklusif dengan visual audio yang cukup mengkagumkan, dan banyak lagi!

Selain golongan dewasa, kanak-kanak juga boleh menyertai keseronokkan dengan trek perlumbaan Batmobile Mini yang disediakan. Malah, pertunjukkan Live Batman dan Batman Meet & Greet akan diadakan tiga kali sehari pada tarikh yang terpilih. Peminat juga boleh menyertai keseronokkan dengn mengambil bahagian dalam acaraCosplay yang akan dijalankan pada 28 Jun – 30 Jun 2019.

Bukan itu sahaja, sedikit kelainan turut diserapkan dalam acara pada kali ini, dimana uniknya pameran wayang kulit akan ditayangkan. Wayang dan gambar-gambar tokoh akan dipamerkan di SkyAtrium. Manakala, peminat dan pelawat yang berkunjung ke Genting akan membawa pulang barangan Batman kegemaran mereka di kedai pop-up yang terdapat di Skytropolis. 

Jadi peminat yang meminati siri Batman ini bolehlah menyertai media sosial dengan menggunakan hashtag #Batman80 dan #LongLiveTheBat.

Dan, korang juga boleh menang hadiah menarik dari pihak Resort World Of Genting dengan hanya menjawab soalan dengan hanya klik disini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Sherry Ibrahim Akui Bukan Lagi Duta Produk Kecantikan…

Sherry menafikan wujud sebarang masalah hingga beliau terpaksa berbuat sedemikian

Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Tajul Sedih Lagu Mengusung Rindu Kalah Dengan Lagu Aliff Syukri

Jangan risau Tajul, lagu Mengusung Rindu tetap dihati kami semua.

Hiburan Mon, 8 Jan 2024

“Stesen TV Tak Boleh Ambil Mereka Walaupun Popular” – Rashid Sibir Mohon Jangan Terima Artis Bermasalah Berlakon

“Niat kita suci, kita nak biar orang tengok produk kita dan puji” – Rashid Sibir

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Hiburan Tue, 14 Feb 2023