Walaupun sudah bergelar isteri kepada Y.A.M Tengku Shariffuddin, penampilan pelakon dan model terkenal, Juliana Evans masih menjadi perhatian apabila seringkali tampil dengan imej yang seksi.
Baru-baru ini, Juliana dilihat telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun instagram miliknya ketika menghadiri sebuah majlis di hotel terkemuka di ibu kota.
Namun, gambar yang dimuat naik itu seterusnya mengundang kontroversi apabila ramai netizen di luar sana melihat baju yang dipakai oleh Juliana Evans sangat menjolak mata dan amat tidak kena dengan statusnya sebagai isteri seorang VVVIP.
Penampilan Jue yang memakai gaun menampakkan kulit tubuh badannya itu adalah sangat tidak sesuai untuk statusnya, malah netizen juga sempat meninggalkan komen di ruangan instagram tersebut.
Apapun, netizen nampaknya lebih sensitif apabila artis Malaysia kita terutamanya yang sudah berkahwin memakai pakaian seksi walaupun sekadar mahu menyesuaikan pakaian dengan majlis yang dihadiri. Betul tak?