Featured By: Arfah January 4, 2022 @ 1:28pm

Juliana Evans Tersenarai Sebagai Individu Berjaya Di Malaysia 2021

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, 32, tersenarai sebagai Individu berjaya di Malaysia pada tahun 2021 berdasarkan sebuah ensiklopedia biografi terbitan Britishpedia.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans memaklumkan perkara ini merusi hantaran di Instagram miliknya dan menganggap pengiktirafan ini sebagai penutup terbaik bagi tahun 2021 buatnya.

“Sorotan tahun 2021 bagi saya,” tulis Juliana.

 

Menurutnya, sepanjang dua tahun pandemik melanda negara, dia dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap perniagaan barang kemasnya, Jevans Jewellery.

 

“Tutup sebelah mata dan fokus pada diri sendiri…”

Dia juga meniggalkan pesanan kepada semua untuk terus mencapai cita-cita tanpa menghiraukan kata-kata negatif dari orang sekeliling.

“Pesanan saya adalah berdiam diri, tutup sebelah mata dan fokus pada diri sendiri sehingga anda berjaya. Hanya anda yang tahu betapa susahnya anda bekerja dan betapa besarnya usaha yang diperlukan untuk mencapai kejayaan,” tulis Juliana.

Senarai Individu berjaya di Malaysia oleh Britishpedia ini merupakan ensiklopedia biografi mengenai rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Tanda-Tanda Anda Mempunyai Hubungan Percintaan Yang Toksik

Kalau anda rasa tak bahagia, semak jika anda mengalami tanda-tanda ini.

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Mon, 4 Dec 2023

“Kalau Korang Maki Melayu, Siapa Lagi Nak Sokong!”- Amir Ahnaf

Betul tu! Kalau asyik nak kondem sampai ke sudah tak jadi apa 🔥

Trending Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] “My First Car Is Not For Me…” – Haneesya Hanee Hadiahkan Keluarga Kereta

Tahniah! Haneesya Hanee menghadiahkan keluarganya sebuah kereta.