Para peserta Dai’ musim ke-6 memulakan perjalanan mereka selama 11 minggu dengan sesi ‘grooming’. Di samping itu mereka juga merasai sendiri pengalaman pengurusan jenazah yang pastinya akan meninggalkan 1001 memori kepada mereka yang bergelar Dai’ pada musim ini.
Selain itu, tugasan pertama juga telah diserahkan kepada para Dai’ untuk persembahan mereka pada minggu ini. Kalau nak tahu apakah agaknya tugasan untuk minggu pertama para Dai’ kita? Saksikan reaksi mereka hanya di Jurnal #daiTV3 pada jam 7.55 petang, setiap hari Jumaat, hanya di TV3!