Hiburan By: SGMS Faida May 21, 2019 @ 2:27pm

‘Kacak, Cantik Bukan Tiket Jadi Chef Selebriti’- Chef Wan Kecewa Dengan Chef Selebriti Otak Kosong?

Chef terkenal, Datuk Chef Wan Ismail kecewa dengan situasi masa kini apabila melihat lambakan individu yang diangkat menjadi chef selebriti tanpa sebarang pengalaman.

Kata tukang masak berpengalaman lebih 30 tahun ini, beliau terkejut menonton beberapa rancangan masakan yang mempamerkan teknik yang salah dan mengelirukan.

“ Saya pernah menonton di kaca televisyen, minyak belum panas pun kau dah mula masukkan ikan untuk digoreng. Itu belum lagi pasta yang dimasak dengan sawi.

“ Pesan saya jika anda memiliki wajah kacak atau jelita, ia bukan ‘tiket’ untuk anda bergelar chef selebriti. Jangan sampaikan mesej salah kepada penonton, itu tidak baik,” katanya ketika ditemui di sidang media program masakan Raja Sawit bertempat di Sri Pentas, pagi ini.

Kata beliau, untuk membawa gelaran chef selebriti seseorang itu perlu mengikuti pengajian dalam bidang masakan dan memerlukan pengalaman yang banyak.

“ Kita tidak mahu senang-senang angkat seseorang itu menjadi chef selebriti sedangkan orang itu tiada pengalaman yang banyak dalam bidang masakan.

“ Saya terkejut ketika menghadiri sebuah program masakan yang mana di situ, pihak produksi menyediakan seorang chef profesional untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta yang terdiri daripada ‘cef selebriti’. Sampai tahap perlu tunjuk ini bawang, saya memang terkejut.

“ Jika anda berminat untuk membina nama dalam bidang masakan, pergi belajar dahulu. Jangan popular sebab rupa tetapi bakat memasak langsung tiada,” katanya yang tidak merujuk mana-mana individu.

Chef Wan merupakan chef paling terkenal di Malaysia dan beliau juga pernah memasak untuk personaliti terkenal seperti Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, kehebatan beliau bukan pada penghasilan hidangan istimewa tetapi pada celoteh dan keletahnya yang unik dan mampu memukau penonton sepanjang hari.

Beliau juga digelar Jamie Oliver di Britain dan Martha Stewart di Amerika tetapi versi Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi. Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga […]

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Kanye West and Kim Kardashian Expecting Fourth Child

She told people during a Christmas Eve party while drunk.

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Pencarian Juara Lagu ke 33 Diteruskan

Menariknya, rakaman showcase akan dilakukan di tempat-tempat awam bagi mendekatkan lagi Muzik Muzik bersama para peminat dan khalayak ramai. Lebih meriah tau!

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Tipulah Kalau Tak Pernah Buat Silap, Nasib Baik Ada AG!

Waktu awal saya di Kool FM, saya baru ‘berkenalan’ dengan benda-benda ini semua. Dah macam pilot pun ada, tolak tekan itu dan sebagainya. Nak tahu apa jadi?

error: Content is protected !!