Kahitna Selit Muzik 40an Dalam ‘Seribu Bulan Sejuta Malam’

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Cantik, Kahitna bakal muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Seribu Bulan Sejuta Malam’ atau singkatannya SBSM.

Menurut pemain keyboard, Yovie Widianto ini merupakan percubaan pertama kumpulan lagenda Indonesia ini mengetengahkan elemen muzik klasik dalam lagu mereka.

“ Setakat ini, kami belum pernah menyelitkan konsep lagu 40 an dalam lagu-lagu terdahulu.

“ Kami pasti buat anda yang meminati muzik nyanyian Frank Sinatra, Nat King Cole, yang timeless, kalian pasti suka dengan lagu baharu Kahitna,” katanya.

Tambah Yovie, lagu ini sebenarnya sudah disiapkan sejak sembilan tahun lalu cuma peluang untuk lagu ini didengarkan datang pada tahun ini.

“ Boleh jadi masing-masing sibuk dengan aktiviti seni. Kedua, kami tidak ada rancangan melancarkan lagu ini sebelumnya. Oleh kerana pihak pengurusan Musica berminat untuk memasarkan lagu ini, jadi ayo dikeluarkan sahaja,” katanya.

Menurut Yovie lagu SBSM mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin mencari pasangan hidup selepas kematian isterinya.- Kompas.com

SGMS Faida