“Kain Terlondeh Tu Angkat Sikit” – Berbusana Putih Hitam Ke TADS, Dress Nadia Brian Dikritik

Pelakon Nadia Brian sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila dress yang dipakainya ketika di karpet merah Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) dikritik.

Menerusi video yang di muat naik XTRA, Nadia Brian dilihat mengenakan sebuah busana berwarna putih dan hitam.

Namun begitu, ramai warganet mengkritik pakaiannya dengan menyatakan dress tersebut kelihatan seperti mahu terlondeh.

“Kain terlondeh ke tu kak angkat sikit tutup yang terbuka t uterus.

“Maaf, tergelak… kalau saya tak selesa dah kain londeh gitu, takut terpijak dan tersembam.

“Fesyen benda pulak tu. Macam pakai seluar pendek nak jatuh,” komen warganet.

Sebelum ini, pakaian Nadia Brian sering menjadi tumpuan warganet dan menerima pelbagai bentuk kritikan.

TADS akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula jam 9 malam.

Jangan lupa saksikan TADS di TV3 dan strim secara HD di aplikasi Tonton.

Atiqah Johari