“Kak Ja Mengandung? Alhamdulillah Tahniah…” – Makin Berisi, Netizen Dakwa Heliza Helmi Kini Berbadan Dua

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi sekali lagi menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila beliau memuat naik video bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelakon Bukan Cinta Malaikat itu bersama suami sedang menikmati percutian mereka di Pulau Pinang dan dilihat berkunjung ke sebuah restoran yang menyajikan teh tarik terbaik di kawasan Georgetown.

Bgaaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, muat naik tersebut mencetuskan pelbagai tanda tanya apabila beliau yang tampil berbaju sari berwarna merah kelihatan sedikit berisi.

Bahkan, ada segelintir warganet yang mendakwa seakan-akan melihat ‘baby bump’ beliau.

Walaupun ini bukanlah kali pertama warganet mendakwa melihat ‘baby bump’ Heliza, namun tuan empunya badan masih tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang mengatakan dia kini sedang berbadan dua.

 

Salma Syahbuddin