Hiburan By: SGMS Faida February 22, 2018 @ 9:57am

KAK LEHA BUNTING CARI BAJU BARU

Antara Insta Famous yang terkenal pada masa kini, siapa lagi kalau bukan Faiz Dickie yang memiliki hampir 624,000 pengikut di laman Instagram. Memang hebat wak!

Lawak dan gayanya yang bersahaja sudah cukup membuatkan kita tertawa. Ditambah dengan karakternya yang pelbagai sudah cukup membuatkan jejaka berusia 30 tahun ini popular di laman sosial.

Watak seperti Kak Leha Bunting, Faiz Dickie turut menghidupkan beberapa watak lain seperti Naabella, Sarabanon, Nurse Puaka dan Qais Wildan.

Kalau korang perasan, Faiz selalu menyarungkan baju merah bunga kecil untuk watak Kak Leha Bunting.

Menurutnya, baju itu mempunyai nostalgia tersendiri! Apa agaknya tu eh…

“Ia sebenarnya milik arwah ibu saya, Rainah Md Nor, yang meninggal pada 2009 ketika usianya 60 tahun. Jadi, memang ada sehelai saja dalam simpanan saya ketika ini, sebagai tanda kenangan selepas pemergiannya,” katanya.

Tambah Faiz lagi, keadaan baju itu kalau dilihat sudah agak lusuh dan hampir rabak.

“ Maklum saja, dah banyak kali digunakan. Setiap kali pakai, saya akan basuh. Lama-lama, ia pun dah nak reput,” katanya.

Sehubungan itu, Faiz Dickie memerlukan bantuan pereka fesyen untuk menghasilkan semula baju itu.

“ Bukan hanya pereka fesyen, sesiapa saja jika boleh bantu saya untuk hasilkan baju itu amatlah dialu alukan. Maklum saja, kalau tiada baju itu, nampak gaya tiadalah karakter Kak Leha Bunting,” katanya.

Apapun, kami harap akan ada individu yang tampil membantu menghasilkan baju baru bagi watak Kak Leha Bunting. Kalau boleh janganlah matikan watak itu ya, kami peminat Kak Leha tau. Tak sabar nak tengok Kak Leha beranak… hahaha

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Featured Wed, 28 Dec 2022

Bekas Suami Zarina Anjoulie Berkahwin Dengan Niqabis, Netizen Puji Cantik Macam Neelofa!

Alhamdulilah, selamat pengantin baru! Semoga berbahagia selalu

Selebriti Sun, 8 May 2022

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Netizen terpegun dengan kecantikan anak perempuan Que Haidar

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Sikap Senang Percaya Datuk A.Aida Makan Diri

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…