Kaka Azraff Mohon Beri Ruang, Bakal Jelaskan Isu Kontrak Ditamatkan Esok!

Penyanyi Kaka Azraf mengejutkan peminat selepas namanya dipetik sebuah portal ‘Jew Hate Database’ akibat kelantangannya mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Isra*l, Nathaniel Buzolic baru-baru ini.

Susulan tindakannya itu, timbul spekulasi kononnya kontrak bersama syarikat rakamannya, Warner Music Malaysia bakal ditamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

Tidak mahu berita tersebut terus tular, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu memohon sedikit masa untuk menjelaskan mengenai isu berkenaan.

“Insya-Allah esok saya akan jelaskan. Saya akan bersama peguam untuk menjawab perkara ini.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi hal ini lagi. Beri saya sedikit masa untuk jelaskan dan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Setakat ini, pihak syarikat rakaman yang diwakili penyanyi itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung masalah yang timbul.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin