Hiburan By: Del14 November 24, 2019 @ 3:22pm

Kakak Ipar Liam Hemsworth Memang Tak Suka Miley Dari Dulu?

Kakak ipar kepada pelakon Liam Hemsworth, Elsa Pataky (43)  yang merupakan isteri kepada pelakon ‘Thor’ iaitu Chris Hemsworth (36)  meluahkan rasa leganya kerana penyanyi, Miley Cyrus kini bukan lagi sebahagian dari keluarga mereka. 


Memetik laporan portal HollywoodLife, Elsa berpendapat Liam layak mendampingi pasangan yang lebih baik dari Miley setelah apa yang terjadi. 

“Adik ipar saya memang kecewa tetapi dia seorang yang sangat kuat dan layak dapat yang lebih baik. Saya yakin sememangnya dia layak dapat yang terbaik,” kata Elsa. 

Hubungan Miley dan Liam berputik apabila mereka berlakon bersama-sama di dalam filem The Last Song pada 2009. Mereka bertunang pada Jun 2012 tetapi pertunangan mereka putus tidak lama kemudian sebelum menjalin semula hubungan pada 2015. 

Saat bahagia Miley dan Liam

Mereka kemudian berkahwin pada December 2018 dan bercerai pada 21 Ogos lalu apabila foto Miley dan seorang wanita bernama Kaitlynn Carter sedang bercumbu di Italy bertebaran di alam maya. Namun perhubungan sejenis itu juga tidak kekal lama. 

Baca:Miley Cyrus – Liam Hemsworth Dah Kahwin?

Baca: Masih Minat Kaum Sejenis, Miley Cyrus Umum Cerai!

Baca: Cinta Sejenis Miley Cyrus Bertahan Hanya 2 Bulan!

Selepas bercerai, Liam telah memilih untuk tinggal bersama abangnya, Chris dan Elsa di Australia untuk mengubati kekecewaan terhadap perkahwinannya yang hanya bertahan selama 8 bulan. 

Baca: Selepas Isu Cerai, Liam Hemsworth Bawa Diri Ke Australia

“Anda boleh mengharapkan sokongan dari keluarga dan Liam sangat rapat dengan abangnya Chris. Chris sentiasa akan berada di sisi adiknya untuk memberi dorongan dan kekuatan dalam mengatasi apa sahaja masalah yang dihadapi,” ujar Elsa. 

Tekini, penyanyi yang selalu mencetus kontroversi itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi, Cody Simpsons pula. 

Kredit Foto: Instagram @elsapatakyconfidential & @liamhemsworth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Ini Tips Berjaya Versi Vivy Yusof !

Rata-rata followers dan yang menjadikan wanita ini sebagai inspirasi bersetuju terhadap kenyataan yang dibuat oleh Vivy

Featured Tue, 17 Jan 2023

Kongsi Momen Bahagia, Hana Ismail Teruja Hidangan Dipuji Enak Oleh Dai Syed

Pasangan suami isteri, Hana Ismail dan Dai Syed acap kali mencuri tumpuan netizen kerana sering berkongsi momen bahagia dalam berumah tangga. @hanaalmauzah_Thanks sayang puji saya masak sedap 🥰♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM […]

Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

Didakwa Menderita Anorexia Nervosa, Apa Komen Amyra Rosli?

Amyra memberitahu meskipun berat badan hanya mencecah 41 kilogram, dia tidak pernah berdepan masalah kesihatan.