Kaki Shopping Apa Tunggu Lagi! Rancakkan Beli-Belah Bersama Lazada 11:11 Malam Ini!

Tibalah saat yang dinanti-nantikan, Lazada mengundang semua ‘kaki beli belah’ untuk menyertai fenomena ini dalam Lazada 11.11 Super Show yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dihoskan oleh Fiza Sabjahan, Haziq Hussni dan Sean LJE, tirai Lazada 11.11 Super Show akan dibuka dengan persembahan Meer Fly, diikuti dengan Ziri Kirana dan K-Clique. Hiburan malam ini diteruskan dengan persembahan-persembahan hebat oleh Black, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Bunga serta sketsa mencuit hati oleh Shuk Sahar, Ebby Yus, Shiha Zikir dan Elly Mazlein.

Bukan itu sahaja, penonton berpeluang untuk menyertai permainan-permainan secara langsung dan memenangi pelbagai hadiah menarik malam ini. Pastinya para penonton akan turut terhibur dengan persembahan khas Cinta Laura dari Indonesia dan Apink dari Korea Selatan sebagai persembahan penutup malam ini!

So, bagi korang yang ternanti-nantikan persembahan dari APink dan Cinta Laura! Nantikan okay!

Salma Syahbuddin