Featured By: Salma Syahbuddin September 20, 2022 @ 7:30pm

“Kalau Boleh Saya Tak Mahu Menghebahkan…” – Sweet Qismina, Adam Lee Nikah Oktober Ini

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada October ini.

Namun, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis akad nikahnya itu memandangkan sebelum ini dia sudah memaklumkan hanya mengikat tali pertunangan selama satu tahun sahaja.

“Saya sudah beritahu ketika kami bertunang, tahun lalu. Kami akan mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Jadi, kami harap orang akan faham bila kami akan berkahwin. Tetapi, saya faham mungkin ramai sudah lupa sebab dalam masa setahun macam-macam boleh berlaku.

“Apa yang boleh dikongsikan, kami akan berkahwin apabila pertunangan cukup tempoh setahun,” katanya.

Sementara itu, Sweet menjelaskan, beliau tiada niat untuk merahsiakan perihal perkahwinannya kerana, dia tidak mahu ada pihak yang menganggap ia sebagai strategi pemasaran dan sebagainya.

Malah, dia dan Adam mengambil keputusan untuk mengumumkan mengenai perkara tersebut beberapa minggu sebelum hari bahagia mereka.

“Kalau boleh saya dan Adam tidak mahu terlalu menghebahkan. Nanti ada yang kata ia adalah strategi pemasaran atau seumpamanya. Jika boleh memang tak nak ada unsur sebegitu.

“Bila sudah dekat dengan hari bahagia, kami akan beritahu. Mungkin dalam sebulan atau beberapa minggu sebelum itu, kami akan umumkan dalam media sosial,” jelasnya.

Menyifatkan Adam sebagai seorang yang sangat memahami, Sweet mengakui sepanjang pertunangan ini dia turut mengalami ujian sepertimana pasangan lain.

“Banyak dalam fikiran saya. Alhamdulillah, kami berjaya atasi banyak dugaan. Mujurlah Adam juga bekerja dalam satu industri, jadi masing-masing memahami,” katanya.

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Apr 2018

Ini Sebab Kenapa Dayang Nurfaizah Potong Rambut Pendek!

Bagi Dayang, beliau sudah menyimpan rambut panjang selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk memotong rambutnya pada tahun ini agar tampil dengan imej yang lebih fresh.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Datuk Fazley Yaakob Dapat Anugerah Lagi

Tahniah! Datuk Fazley Yaacob menang anugerah lagi.

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awal Ashaari Mahu “Cuci Tangan” Dalam Industri?

Awal Ashaari merupakan figura yang cukup terkenal di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau kelihatannya agak kurang keluar di kaca TV berbanding dahulu. Adakah beliau dah nak ‘cuci tangan’ dari industri seni tanah air?

Events Thu, 26 Dec 2019
Hiburan Sat, 9 Jun 2018

Berhijab Sewaktu Keluar Rumah, Masih Lagi Belajar

Saya sedang belajar dimana keluar rumah dalam berhijab. Masih dalam proses pembelajaran. Insya-Allah. Saya mohon doa agar terus istiqamah

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Rashidi Jelaskan ‘Hubungan Istimewa’ Bersama Fify Azmi

Gambar tengah promosi perfume rupanya

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.  

| Live TV