“Kalau Darah Daging Mencuri, Dia Akan Terus Mencuri…” – Normala Samsudin Kecewa Pembantu Rumah ‘Panjang Tangan’

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin meluahkan rasa kecewa dengan sikap pembantu rumah yang dikatakan ‘panjang tangan’.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia tidak menyangka perbuatan licik seperti itu terjadi walaupun tidak pernah meragukan pembantu rumah itu.

“Kalau dah hatinya hitam takkan putih, kalau dalam darah dagingnya mencuri, dia akan terus mencuri…

“Berpuluh tahun aku kenal pelbagai jenis ‘maid’. Aku sering bersikap percaya pada kebaikan yang ada pada seseorang pembantu rumah.

“Tapi yang ni kejahatannya tidak nampak. Dia sangat licik. Pelakon terbaik sinetron. Multi-talented thief,” katanya.

Menurut Normala, kebaikannya terhadap pembantu rumah itu selama ini tidak dihargai sehingga diambil kesempatan.

“Aku sering beri peluang seseorang memperbaiki diri, namun kebaikan kita sering dipijak kepala, ambil kesempatan,” tulisnya.

Namun, dia menyatakan redha dengan dugaan ini dan membiarkan Allah sahaja yang menentukan nasib pembantu rumahnya itu.

“Aku taknak kata apa-apa tentang kejahatan kamu bik. Biar Allah tentukan nasib kamu. Aku ada Allah. Semua itu harta dunia. Ake redha ujian ini. Kerna aku takut Allah,” ujarnya.

Maya Basir