Featured By: Maya Basir November 2, 2022 @ 6:56pm

“Kalau Disuruh Buka Baju, Saya Ikut…” – Dituduh Kejar Populariti, Ini Respons Hariz Hamdan

Pelakon baharu, Hariz Hamdan menjelaskan dia hanya menurut arahan pengarah untuk melakonkan babak yang memerlukan dirinya menampakkan badan.

Memetik laporan mStar, Hariz cuba mengikut kemahuan watak selagi tidak keterlaluan dan mendatangkan aib kepadanya.

“Saya seorang pelakon dan hanya buat perkara itu ikut kemahuan pengarah dan watak.

“Kalau pengarah minta saya buka baju, saya ikut tapi dengan syarat ia tidak berlebihan.

“Saya juga akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu dan bukan sewenang-wenangnya menanggalkan pakaian,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon Lelaki Lingkungan Cinta ini menafikan dakwaan dirinya yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat tawaran lakonan lebih banyak.

Tegasnya, dia bukan pelakon murahan dan berani menolak sebarang permintaan yang boleh menjatuhkan maruahnya.

“Kita kena jaga maruah, saya juga manusia biasa yang tetap berpegang kepada hak dan had yang patut dibatasi,” ujarnya.

Mengulas tentang rupa lebih penting berbanding bakat di dalam lakonan, Hariz memberitahu penampilan hanya satu kelebihan namun bakat lebih memainkan peranan untuk kekal dalam industri.

“Bagi saya penting seorang pelakon itu memainkan watak sesuai dengan wajahnya… sebagai pelakon kita perlu melakonkan watak yang diberikan dan rupa hanyalah bonus.

“Rupa dan penampilan memberi kelebihan tetapi bagi memastikan seseorang itu dapat kekal relevan adalah bakat dimilikinya,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Trending Sun, 7 Nov 2021

Episod Pertama Lagu Cinta Kita 3 Raih 3 Juta Penonton!

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) telah membuka tirai dengan episod pertama pada 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen). Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 […]

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Featured Mon, 2 Aug 2021

“Tak Kekwat, Lain Dari Yang Lain..”- Penampilan Pertama Nabila Huda Sebagai Hos Melodi Buat Ramai Teruja

Penampilan pertama aktres berbakat, Nabila Huda sebagai hos Melodi semalam ternyata mencuri perhatian ramai. Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran jam 12.30 pada hari Ahad semalam, dilihat ramai netizen yang meninggalkan komen positif setelah menonton rancangan […]

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Ini Ujian Paling Hebat Buat Saya – Ismail Izzani

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka. Bila tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Sabarlah ya…

Trending Sun, 24 Dec 2023

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Genap 18 Hari, Tapi Pembunuh Masih Belum Ditangkap? Polis Minta Bantuan Interpol

Dah masuk hari ke-18, pembunuh masih bebas? Harap pelaku cepat ditangkap & dihukum seadil-adilnya!