Kalau Jadi BBNU, Siti Nurhaliza Pilih Naim Daniel!

‘ Dengan ini saya nak cakap, lantak pi netizen nak kata apa tentang saya, nak caci maki ke apa silakan, asalkan Dato Seri Siti Nurhaliza suka, dah cukup,’ luah penyanyi Naim Daniel yang terharu menerima pujian daripada penyanyi nombor satu negara itu.

Menerusi laman Instagram Naim, dia teruja mendengar pujian daripada idola kesayangan ramai, Dato Seri Siti Nurhaliza terhadapnya.

Difahamkan, Siti menjawab soalan daripada sebuah saluran radio tempatan baru-baru ini.

Dalam sesi soal jawab itu, Siti memilih Naim ketika ditanya siapakah penyanyi lelaki muda pilihan beliau seandainya bertukar tempat pada masa sekarang.

“Tuhan tahu betapa terharu/sedih/gembiranya saya untuk dapat recognition sebegini rupa daripada penyanyi nombor satu Malaysia, buah hati negara, kesayangan ramai, suduh cukup bermakna buat saya.

“Orang ramai masih bertanya “Siapa budak ni?” “Ini ke artis baru yang Malaysia ada?” “Budak ni tak layak jadi penyanyi” dan sebagainya.

“Tak perlu trofi banyak-banyak, saya tahu masih kecil dan mentahnya saya dalam industri muzik ini, nama-nama yang disebut juga bukan calang-calang.

“Tercicir saya nak kejar seorang demi seorang but whatever it is, never ever stop believing in your dreams,” tulisnya.

Pelakon drama Pia ini juga berterima kasih kepada Siti Nurhaliza atas penghargaan ini dan mendoakan agar penyanyi itu sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

“ Terima kasih Dato, semoga dipeluk cinta Allah sentiasa.” akhirinya.

Menurut Siti, alasan beliau memilih Naim kerana mereka memiliki minat yang sama iaitu gemar menyanyikan semua lagu penyanyi lain.

Pilihan Siti itu mengenepikan calon penyanyi lelaki muda lain iaitu Aiman Tino, Haqiem Rusli, As’ad Motawh dan Ismail Izzani.

Naim yang muncul dengan single terbaharu Sumpah sering memuat naik rakaman nyanyian semula lagu-lagu penyanyi lain. Tahniah Naim! 

SGMS Faida