Featured By: Maya Basir November 26, 2022 @ 8:56pm

“Kalau Nak Hukum, Teruskan” – Ismail Izzani Mengaku Bersalah

Penyanyi Ismail Izzani tidak mahu membuang masa menjelaskan kepada orang ramai tentang perkara yang berlaku.

Menurut Ismail menerusi hantaran Instagram Stories, dia mengaku kesalahan yang telah dilakukan dan tidak mempedulikan tentang tanggapan orang ramai mengenai dirinya yang dikatakan cuba lari daripada berterus terang.

“Saya tak perlu jelaskan apa-apa sebab orang tak kisah tentang apa yang benar atau yang salah dan sebab tu saya tak nak membuang waktu saya.

“Saya mengaku kesalahan saya dan sebagai manusia biasa, saya akan selalu ingat dimana saya berpijak. Buruk atau baik, saya tetap jadi diri saya sendiri.

“Kalau awak semua (netizen) nak menghukum saya cakap saya melarikan diri daripada pihak media.. teruskan,” tulisnya.

Susulan itu, Ismail seakan memerli pihak media kerana lebih memilih untuk berkongsi kontroversi tentang dirinya berbanding hasil kerjanya.

“Kepada semua media, kalau keluarkan kenyataan saya tak berani tanggung kesalahan sendiri, anda salah. Yang awak mahu adalah untuk mengejar ‘ratings’ dan gosip.

“Masa saya keluar album tahun ni tak ada pula kejar-kejar macam tadi. Sekali lagi saya tegaskan, saya tak lari dari anda semua.

“Saya cuma tak nak membuang masa menjelaskan apa-apa perkara sebab saya mengaku kesalahan yang saya buat,” ujarnya.

Selain itu, dia turut memohon maaf atas kesalahannya dan meminta peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Doa yang baik-baik ye. Saya mohon maaf diatas semua kesalahan saya. Saya tak boleh nak menjanjikan apa-apa tapi saya akan cuba jadi lebih baik.

“Ini kehidupan saya, perjalanan hidup saya. Semoga hari akan datang lebih Indah,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Wanita Tipu Isteri Itu Bukan Skandal Saya’- Fauzi Nawawi

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ramai yang menganggap perkongsian yang dibuat oleh isteri kerana skandal saya dan sebagainya gara-gara kontroversi sebelum ini.

Featured Wed, 20 Feb 2019
Featured Thu, 18 Aug 2022
Trending Mon, 8 Mar 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Netizen Doa MK K-Clique Istiqamah, Mohon Buang Rantai Emas Yang Dipakai

Siapa sangka pemuda kelahiran Tawau Sabah yang seringkali menjadi kegilaan anak muda pada hari ini mengejutkan ramai peminatnya apabila anggota kumpulan K-Clique iaitu MK mengambil peluang untuk menyertai kumpulan jemaah tabligh di Jerantut Pahang pada […]

Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Tue, 10 Dec 2019

“Bukan Mengandung…Itu Lemak!” – Adira Suhaimi

Takkan lah tak jadi cerai terus nak mengandung? Agak-agaklah kan?

Featured Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tangguh dulu kenduri kahwin, patuhi arahan jika mahu selamat

JAIS sedia tatacara pelaksanaan majlis nikah

Featured Mon, 20 Apr 2020