Featured By: Salma Syahbuddin January 19, 2023 @ 10:00pm

“Kalau Perempuan Tipu Itu Wajar, Tak Kan Dia Nak Pakai Tepung Ubi, Bibir Letak Sirap Ros…” – Titip Pesanan Padu Buat Para Suami, Ramai ‘Salute’ Sajat

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman mencuri perhatian warganet khususnya dalam kalangan wanita yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan terutamnya buat golongan suami.

Perkara itu dikongsi Sajat menerusi muat naik di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Menurut Sajat, isu tipu dalam kalangan wanita adalah perkara biasa dan ia wajar dilakukan, namun jika perkara sedemikian berlaku dalam rumah tangga maka golongan suami dikira tidak pandai menjaga isteri apatah lagi mengambil berat mengenai keperluan mereka.

“Perempuan tipu itu wajar sebab anda tidak pandai menjaga wanita, itu je. Kalau tipu benda-benda basic okay contohnya kalau isteri kata harga barang tu RM100 tapi dia claim RM200. Kalau RM100 tu mungkin lah dia nak beli barang-barang kecantikan, maskara ke, bedak ke, itu normal,” katanya.

Sementara itu, Sajat juga menjelaskan golongan suami seharusnya faham dan tidak kedekut akan kehendak isteri mereka terutamanya jika mereka mahu berhias dan kelihatan cantik kerana, semua perkara yang dilakukan golongan isteri adalah untuk suami mereka.

“Wanita beli bukan untuk siapa? Bedak tu dia beli sebab nak tatap muka kau juga. Tak kan dia nak pakai tepung ubi kot, atau tepung jagung. Kau ingat perempuan ni tak ada harapan nak cantik ke?

“Ingat bibir tu letak sirap ros macam tu? Sebab nak buat lip matte lipstick terpaksa pakai sirap.

“Kalau benda tu pun nak kedekut dengan bini, bukannya orang lain pun bini engkau kot. Kau tahu tak dia lah yang buat full servis kat rumah, dia lah masak, dia lah membasuh, dia lah jaga makan kau. Apa semua ini?

“Dia bagi segala-galanya. Faham tak? Jadi, janganlah mempertikaikan, kalau you gajikan bini tu. Itu wajar sebab you adalah suami,” jelasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan ‘salute’ dengan pendapat yang diberikan Sajat buat para suami di luar sana.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 80,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 28 Aug 2019
Featured Wed, 10 Aug 2022
Trending Fri, 9 Feb 2018

Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara

Pengalaman Ngeri, Saya Dan Suami Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara Tidak Pakai Kasut Semasa Main Air Di Tepi Pantai

Featured Wed, 8 Apr 2020

Batik kapas merentas masa, tetap jadi pilihan

Lembut dan selesa, tidak rengsa pada kulit

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Comelnya Syed Uthman Hamzah!

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Wany Hasrita Jangka Ara Johari Menang Besar Di AJL 33

Selain Ara, saya rasa Kak Misha juga ada potensi untuk menang lagu terbaik.