Hiburan By: SGMS Faida December 29, 2018 @ 5:17pm

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Penyanyi Anuar Zain mengakui semakin selesa menggunakan laman sosial sebagai medium berkomunikasi bersama peminat.

Katanya ketika ditemui di majlis meraikan usahawan Hubmethod di Space Seven, Shah Alam, beliau bersyukur tidak pernah berdepan situasi janggal atau perkara kurang elok sebelum ini.

“ Rata-rata pengikut saya memiliki aura positif yang boleh dikongsi bersama. Saya percaya apabila kita memuatnaik sesuatu yang positif maka positiflah ia. Jika sebaliknya, ia turut memberi kesan buruk.

“ Saya akui kalau dulu saya kurang gemar atau percaya dengan penggunaan sosial media tetapi selepas dinasihat oleh beberapa teman rapat, baru saya sedar betapa besar impak teknologi ini kepada manusia,” katanya kepada xtra.

Akuinya, buat masa ini dia masih dalam proses belajar selok-belok penggunaan Instagram dengan lebih baik.

“ Kalau saya tahu betapa seronoknya guna sosial media sebelum ini, sudah tentu saya guna sejak awal lagi.

“ Saya juga dalam proses sedang belajar untuk repost (ulang siar) dan sebagainya.

“ Malah menerusi Instagram juga, penjualan serum Allevier di tahap memberangsangkan. Alhamdulillah,” katanya memberitahu serum wajah ini mula dilancarkan sejak 12 Disember lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Apr 2024
Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Events Thu, 14 Mar 2019

Atasi Masalah Gusi Dengan Cara “Gumbatte” Bersama Aeril dan Wawa!

Nafas berbau, gigi rapuh, gusi berdarah dan sebagainya antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai orang. Tapi, sekarang korang tak perlu lagi risau ada caranya untuk mengatasi masalah gusi iaitu melalui “Gumbatte”.

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Sweet Qismina Buka Peluang Bersedekah Melalui IG

Semoga peroleh Umrah yang mabrur buat Sweet dan ahli keluarganya…

Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal

“Tulang Rusuk Kiri Patah” – Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal