Featured By: Salma Syahbuddin October 31, 2022 @ 7:30pm

“Kalau Tak Bagi Pegang, Saya Okay…” – Elak Babak Bersentuhan, Intan Najuwa Hormat Keputusan Yusuf Bahrin

Pelakon Intan Najuwa akur dengan pendirian dan permintaan aktor gandingannya, Yusuf Bahrin yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dalam drama terbaharu mereka.

Intan atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, berkata, permintaan Yusuf itu sama sekali tidak menghalangnya untuk mencipta keserasian kerana banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menghidupkan watak.

Malah sepanjang penggambaran tersebut, dia lebih berhati-hati dan fokus untuk menjaga batasan dalam lakonan.

“Saya hormati keputusan itu kerana itu juga hak dia. Kalau tak bagi pegang saya okay. Dan saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana,” katanya.

Sementara itu, Intan juga yakin tidak akan timbul sebarang kontroversi membabitkan dirinya dan Yusuf meskipun sebelum ini dia sering dikaitkan dengan hero gandingannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat Apa? Nak Peluk Saja-Saja Ke?” – Aksi Mesra Dengan Aliff Aziz Tular, Ini Reaksi Intan Najuwa

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Ujian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

Mengulas mengenai caranya saat berdepan kecaman akibat kontroversi yang timbul, Intan bagaimanapun menjelaskan, dia lebih senang dan selesa untuk berdiam diri tanpa mengulas mengenai perkara tersebut.

“Saya rasa kali ini tiada kontroversi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontroversi yang tidak sepatutnya.

“Saya lebih suka diam saja, kalau melenting saya takut buat kesilapan atau cakap benda-benda yang buruk dan mengeruhkan keadaan.

“Selalunya bila semua dah reda baru saya bercakap tentang itu. Saya tolak tepi perkara yang bawa toksik dalam kehidupan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Intan tampil memberikan komen balas mengenai isu berpelukan bersama aktor Aliff Aziz sekitar Julai lalu.

Menurutnya, kontroversi itu tidak sepatutnya timbul memandangkan kedua-dua mereka sedang terlibat dengan penggambaran drama terbaharu mereka sekaligus menegur tindakan sesetengah pihak yang tampil dengan headline yang ‘mengundang’.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebenarnya, Saya Dengan Dia…” – Intan Najuwa Perjelas Status Hubungan Cinta

ARTIKEL BERKAITAN:Gambar Zul Ariffin dan Intan Najuwa Berpeluk, “Tunang Tak Jeles Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN:Aksi Mesra Dalam Air Zul Ariffin – Intan Najuwa Curi Perhatian PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN:“Seksi Sangat Tu…” – Gayakan Busana Rona Hijau, Pakaian Intan Najuwa Ditegur Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Kekok Masak Juadah Raya, Intan Najuwa Dilabel Calon Menantu ‘Limited Edition’

ARTIKEL BERKAITAN:“Beauty With Brain” – Netizen Kagum Intan Najuwa Dapat A Untuk Subjek Criminal Law

 

Sumber: Kosmo. Mstar, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Fathia Latiff Umum Akan Ke Gaza Tahun Depan? – “Pray For My Syahid”

Fathia maklum perkara berkenaan di Instagram miliknya. Wahhh betul ke ni?? 👀

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Sun, 8 May 2022
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Demi Watak Ainun, Maudy Ayunda Sanggup Berhenti…

Saya juga harus berusaha menampakkan sosok seperti Ibu Ainun iaitu isteri presiden Republik Indonesia ketiga, B.J Habibie.

Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Featured Thu, 23 Apr 2020

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Peperangan menentang COVID-19 perlu diteruskan

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

#Mentor7: Tak Mahu Protege Tertekan, Hafiz Guna Pendekatan Lebih ‘Fun’

Betul tu…kalau garang sangat pun nanti stress pula pelajar tu kan?

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Universal & Six Flags Mungkin Akan Ambil Alih Projek Terbengkalai Taman Tema Genting Highland

Six Flags merupakan syarikat taman tema dari Amerika Syarikat dan merupakan syarikat taman tema terbesar di dunia.

Featured Fri, 29 Apr 2022