Hiburan By: SGMS Enal August 22, 2018 @ 8:42pm

Kali Ini Gimik Murahan Dari Daiyan Trisha

Bermula dengan gimik cinta dilakukan oleh Nabila Razali kemudian isu depresi Haqiem Rusli.

Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia dikatakan bakal bernikah pada 19 Ogos lalu. Malah ketika dihubungi oleh penyampai Radio Era, Daiyan mengesahkan akan bernikah pada tarikh itu namun enggan mengulas tentang calon suaminya.

Bagaimanapun, pada hari ‘penikahan’ tersebut, Daiyan kemudian memuat naik status di Instagram dia tidak bertunang atau bernikah pada tarikh tersebut, tetapi gambarnya memakai busan perkahwinan itu ialah gambar muka hadapan single terbarunya.

Gimik tersebut ternyata mendapat kecaman dari netizen dan Pencetus Ummah, Nabil yang menyifatkan tindakan Daiyan itu gimik murahan setaraf Haqiem Rusli dan Nabila Razali.

Seperti biasa, rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk mengecam penyanyi tersebut. Ada yang tidak boleh menerima gimik yang dilakukan oleh Daiyan kerana ianya melibatkan kehidupan peribadi dan sudah tentu netizen akan mudah percaya.

Tidak kurang juga ada yang melemparkan komen pedas mengenai suara Daiyan yang dikatakan tidak sedap mana namun mahu melakukan gimik seperti itu. Ada juga yang mengatakan Daiyan boleh menjadi kawan baik kepada Haqiem Rusli.

Bagaimanapun ada segelintir netizen menyelar tindakan PU Nabil yang memuat naik status berkenaan hanya untuk meraih perhatian kerana banyak lagi isu penting lain yang boleh dibangkitkan selain isu gimik tersebut.

Kalau ikutkan banyak lagi cara untuk promosikan lagu baru, namun mungkin kini sudah menjadi trend untuk buat gimik demi melariskan sesebuah lagu. Tapi kalau selalu sangat buat, susah netizen nak percaya lepas ni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Adira Suhaimi Kongsi Wajah Anak Ke-4, Pilih Nama Ayub

Comelnya Ayub ☺️ Hidung mancung sangat tuu hehe

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Featured Mon, 5 Sep 2022

Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Wooo!! Panas bethol komen balas Ifa Raziah! Guru vokal tak guru vokal! 🔥🔥

Featured Mon, 21 Aug 2023
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Fuh Aedyy, mata tu ok tak? 😳 Rancakk betull 🤭 Masih berjiwa muda orang kataa 🤪

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Tolak Minuman Manis Rahsia Tubuh Menawan Adeline Tsen

Yang suka minum air manis tu, amacam jom try macam Adeline?