Categories: Hiburan

Kali Pertama Bertemu Peminat Di Malaysia! Bintang Korea Onew Bakal Gamatkan Stadium Malawati Shah Alam 27 Julai Hadapan

Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah kali pertama Onew akan bertemu peminatnya di Malaysia tahun ini.

Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, bakal terbang secara solo ke Malaysia untuk bertemu peminat yang selama ini menyokong.

Fan-meeting yang digelar sebagai GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA, bakal berlangsung pada 27 Julai 2024. Ia dibawa oleh MND Sport & Event Sdn Bhd dan JS Concert Productions dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor.

“Kami sangat teruja dan berbesar hati untuk membawa Onew buat kali pertama dalam sejarah penglibatannya selama 16 tahun dalam kerjayanya untuk menghadiri fanmeeting ini dan beramah mesra dengan peminat di Malaysia.

“Kami berbangga memperkenalkan GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 27 Julai 2024 sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat tentang pertemuan utama ini.

“Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA memenuhi jangkaan ‘temu janji pertama’ anda dengan sepenuh hati,” kata Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.

Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 – RM258), (CAT 2 – RM358), (CAT 1 – RM558),(SEAT – RM858) & (VIP SOUNDCHECK – RM988) boleh didapati melalui www.myticket.asia

Jangan ketinggalan pertemuan penuh sejarah dan bakal memulakan ‘kekacauan cinta’ dengan Onew melalui GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA di Stadium Shah Alam pada 27 Julai 2024.

Padin