Categories: HiburanTrending

“Kami Akan Memulakan Perjalanan Baru Secara Berasingan” – 10 Tahun Berkahwin, Yasmin Hani Berpisah Dengan Suami

Genap 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon dan pengacara Yasmin Hani mendedahkan perpisahannya dengan suami, penerbit Sha’arin Razali Wong.

Tidak mendedahkan butir lanjut, Hani memohon agar mereka diberi ruang dan semua pihak menghormati keputusan yang telah dibuat.

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” tulisnya.

Hani mendedahkan perkara ini menerusi kemas kini terbaharu yang dimuat naik di laman Instagram.

Tambah pengacara Hello Doktor ini, mereka akan terus menjadi sebuah keluarga yang saling menyayangi.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih untuk doa anda. Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan,” tulisnya.

Yasmin dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Padin