“Kami Berdua Panas Orangnya” – Awal Ashaari & Scha Alyahya Selalu Gaduh?

“Kalau saya post semua benda, memang semua rasa kami tidak aman. Dari dulu lagi bergolak sebab kami ni jenis panas orangnya.”

Demikian kata pengacara popular, Awal Ashaari dan isterinya yang juga pelakon Scha Alyahya selepas ditanya mengenai rumah tangganya apabila pasangan ini kelihatan sentiasa romantik didepan khalayak

Menurut Awal, dalam rumah tangga tidak semuanya indah, bergaduh dan berselisih pendapat adalah perkara normal.

Namun, hakikatnya setiap perkahwinan itu akan diuji dengan ujian sesuai kemampuan,

“Kami pun bukan semua indah-indah, banyak juga bergaduh cuma tidak dikongsikan.

“Kami masing-masing ada perangai masing-masing, cara kita tu kadang tak sependapat ada je benda yang bercanggah, Tapi kena ada satu pihak yang menegur bila ada situasi macma ni.

“Macam Scha dia punya drive tu tinggi dan saya pun sama… kadang tu kami boleh jadi sangat argumentative pasal benda. Benda simple je pun macam date pun boleh gaduh.

“Tapi saya rasa, pasangan suami isteri tu perlu bersepakat kerana kita dalam circle rumah tangga yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku dalam kalangan rakan artis, pasangan ini bagaimanapun menzahirkan rasa simpati mereka terhadap apa yang terjadi.

“Bila tengok sekarang ni, mungkin masa mereka diuji dengan ujian macam ni (kes artis bercerai) dan kita sebagai kawan-kawan, orang luar kita bersimpati dengan apa yang terjadi,”

“Kita tak tahu nasib kita dan saya juga selalu cakap kat Scha macam ‘Adakah kita pun nanti akan jadi macam ni?’ So itu aturan Allah, tapi kalau benda tu jadi dah takdir.

“Tapi sementara dia belum terjadi kepada kita, kita cuma boleh berdoa supaya hubungan ini berkekalan dan sebagai orang luar bila kita tengok kawan kita macam ni, kita cuba jangan masuk campur dan doakan dari jauh supaya mereka bertemu penyelesaian,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Scha atau nama penuhnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya mengaku, setiap pasangan mempunyai perangai masing-masing, namun momen bahagia yang pernah ditempuh bersama-sama tidak harus dilupakan begitu sahaja.

“Macam Scha selalu cakap kat awal ‘kalau anything happend to us in the future, kita handle cara elok.

“Sebab semua perkahwinan ada masalah, semua ada perangai masing-masing dan semua ada aib masing-masing. So bila gaduh kita jangan lupa, dia sebenarnya pernah jadi pasangan kita, pernah jadi suami kita, ayah kepada anak-anak kita, 

“Jangan kerana salah sekarang kita lupa benda yang 10-12 tahun yang kita dah bersama.

“Kita tak tahu bila ujian kita, So kita tengok, kita lihat dan kita doa je yang elok-elok.Insya-Allah akan ada benda yang baik dan hikmah yang akan terjadi kat mereka. Because apa yang jadi it happend for a reason.

“Kita pun tak tahu bila kita punya time, apa yang saya selalu ingatkan awal it’s just kita doakan yang baik-baik because kita dua orang pun ada masalah, apa benda yang kita share pun yang elok je… yang tak elok kita tak share. Tak bermakna kita selalu bahagia.

“Semua rumah tangga ada ujian, it’s just how kita ambil dan regulate dan kita handle,” ujar Scha.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin