“Kami Dalam Metro Waktu Itu…” – Awal Ashaari & Keluarga Berada Di Jepun Semasa Gempa Bumi Berlaku

Baru-baru ini, negara Jepun telah dilanda gempa bumi dan pelakon serta pengacara, Awal Ashaari dan keluarga turut berada di negara terbit matahari itu semasa kejadian.

Menerusi hantarannya di Instastory, ramai yang bimbang akan keselamatan mereka di sana.

Menurut Awal, dia bersyukur kawasan yang dituju tidak terjejas dengan bencana tersebut.

“Some area in Japan ada earthquake tadi and kami sekeluarga was in a metro (kereta api) when it happened.

“Tak rasa apa-apa pun here but when we saw the news and some videos, it was quite bad. Some of our friends here were feeling it from their hotel room,” ujarnya.

Tambahnya yang berada di bandar Tokyo, kehidupan rakyat disana berjalan seperti biasa.

Malah, Awal turut berdoa agar keselamatan mereka dilindungi disana.

“Alhamdulillah kami sekeluarga okay thank you so much for checking on us.

“In central Tokyo ni everyone macam go on with their lives sebab they are used to it.

“Hopefully kita dipelihara, and semoga Allah lindungi kami dan semua yang berada di bumi matahari terbit ini. InsyaAllah,” tulisnya.

Maya Basir