“Kami Memang Selalu Bergaduh..” – Cat Farish

“Eh! Mana ada hilangkan diri. Saya ada saja di sini, tengah sibuk siapkan lagu untuk filem Remp-It 2,” kata pelakon dan komposer, Cat Farish.

Ia susulan video dimuat naik pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang ‘mengamuk’ mencari Cat dan dikongsi di IG beliau, beberapa hari lalu.

“Memang dia ada cari tapi saya tiada babak pada hari berkenaan. Dia nak saya datang sebab nak bincang pasal lagu yang nak guna dalam filem Remp-It 2 nanti.

“Kami memang selalu saja bergaduh di set. Biasalah! Gaduh-gaduh manja sebab masing-masing mahu hasilkan yang terbaik,” kata Cat.

 

Menurut Cat, walaupun Farid memarahinya dalam video itu, dia tidak berkecil hati.

“Sejak dulu kami memang macam ni tapi tidaklah sampai bertumbuk,” kata Cat lagi.

Dalam video berdurasi 5 minit itu, Farid dalam nada marah meminta orang ramai yang menemui Cat untuk menyampaikan pesanan kepadanya.

Farid mendakwa, Cat berhutang lagu yang sepatutnya siap sebelum hari ke-22 penggambaran filem Remp-It 2.

Oleh: Guy Masaki

Del14