“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Syamsul Yusof semakin tegang selepas gagal berdamai dalam perbincangan bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada Jumaat.

Perkongsian terkini ibu Syamsul, iaitu Datin Patimah Ismail mencuri perhatian di Instagram apabila berkongsi foto bersama suaminya yang memohon orang ramai untuk tidak terus membuat spekulasi.

Menurut isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam itu, mereka mahu menantu kesayanganya, Puteri Sarah untuk berdamai dengan bersyarat, namun tidak menghalang keputusannya.

“Assalamualaikum. Jangan buat spekulasi. kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat… Tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Patimah turut memuat naik foto menantu kesayangannya itu berserta kapsyen yang cukup menyayat hati.

“Puteri Sarah Liyana, mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung. Sarah berhak membuat keputusan sendiri, harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah..

“Mama tetap mendoakan kebahagian Sarah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti,” tambahnya lagi.

Semasa perbicaraan bersama JKP semalam, Puteri Sarah berkata sekiranya Syamsul masih tidak mahu melepaskannya, aktres drama Suri Hati ini akan menggunakan alternatif lain iaitu khidmat Hakam.

Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Susulan itu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan hadanah atau penjagaan anak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan ruamh tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu,  Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Biarkan Syamsul ‘Dianiaya’, Individu Label Patimah Ismail ‘Ibu Derhaka’? Ini Respons Tuan Badan – “Sanggup Biarkan Anak Sesat Ke Neraka?”

ARTIKEL BERKAITAN: Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof Fail Nusyuz – “Kenapa Baru Sekarang Selepas 4 Tahun Bermasalah?”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat Saya, Sarah Terima Baik Poligami” – Kecewa Tak Dapat Bersemuka, Syamsul Yusof Tetap Mahu Berbincang

ARTIKEL BERKAITAN: “Cakaplah Ni Isteri Kedua Ayah” – Tiada Masalah Maklum Kahwin 2, Syamsul Belum Sedia Bawa Anak Jumpa Ira Kazar

Aqilah Paharuzi